Tawaran harga pengambilalihan saham MAHB ‘menarik’, kata firma penganalisis
KUALA LUMPUR 3 Sept - Pemegang saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) digalakkan untuk menerima tawaran untuk menjadikan syarikat pengurusan lapangan terbang itu sebagai syarikat persendirian kerana ini memberikan peluang untuk menjana keuntungan daripada saham mereka.










