Pemegang saham utama NPC Resources berbincang kemungkinan menyahsenaraikan pada RM2.82 sesaham
KUALA LUMPUR 10 Jan - NPC Resources Bhd (NPC) mungkin menuju ke arah penswastaan susulan pendedahan pemegang saham utamanya, Jubilant Ventures Sdn Bhd dan Datuk Loo Pang Kee bahawa mereka sedang dalam perbincangan untuk menswastakan syarikat itu pada harga RM2.82 sesaham.









