Bursa Malaysia perkenal subsektor tenaga boleh diperbaharui untuk syarikat tersenarai awam
KUALA LUMPUR 17 Jan - Bursa Malaysia memperkenalkan subsektor tenaga boleh diperbaharui (RE) baharu dalam klasifikasi sektor tenaga dan utiliti, bertujuan memberikan pengkelasan yang lebih terfokus bagi syarikat tersenarai awam (PLC) yang beroperasi dalam bidang RE.









