Bank Rakyat perkukuh keselamatan siber selepas dikenakan AMP RM1 juta
KUALA LUMPUR 2 April - Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) menjelaskan telah mengambil tindakan pembetulan yang sewajarnya susulan notis awam berkaitan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang membawa kepada penalti RM1 juta.






