Belian asing di Bursa Malaysia melonjak 8 kali ganda kepada RM612.3 juta
KUALA LUMPUR 20 Julai - Sentimen pelabur asing terhadap Bursa Malaysia terus bertambah baik apabila institusi asing melanjutkan momentum belian bersih kepada dua minggu berturut-turut dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM612.3 juta minggu lalu.






