Pempengaruh jangan kejar sensasi, sebaliknya sebar kebaikan – Fahmi
KUALA LUMPUR 25 Nov - Pempengaruh perlu memikul tanggungjawab besar untuk memperbanyak kandungan yang jujur, beretika dan membawa mesej kebaikan kerana pengaruh golongan itu kini mampu membentuk pola pemikiran generasi muda, kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.






