Bursa Malaysia akhiri dagangan petang ini di bawah 1,400 mata | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bursa Malaysia akhiri dagangan petang ini di bawah 1,400 mata

KUALA LUMPUR 29 Sept - Pasaran tempatan mengakhiri dagangan petang ini di bawah 1,400 mata selepas diniagakan antara 1395.81 hingga 1410.76 mata. 

 

Indeks utama FBM KLCI susut 4.39 mata atau 0.31% kepada RM1,397.5 mata, berbanding penutupan semalam pada 1,401.89 mata. 

 

Ia menyaksikan 499 kaunter mengalami kerugian manakala 343 kaunter mencatat keuntungan dan 412 kaunter tidak berubah. 

 

Secara keseluruhan, sebanyak 2.28 bilion saham diniagakan bernilai RM1.86 bilion berbanding 2/14 bilion bernilai RM2.06 bilion petang semalam.

 

Penutupan petang ini juga menyaksikan saham Top Glove paling aktif diniagakan dengan harga sahamnya susut 0.5 sen atau 0.85% kepada 58.5 sen. 

 

Saham-saham utama antaranya, Public Bank Bhd. juga susut 6 sen atau 1.41% kepada RM4.20 diikuti
Petronas Dagangan Bhd. susut 36 sen kepada RM20.84 sesaham. 

 

Selain itu, saham Hong Leong Bank Bhd. juga susut 16 sen kepada RM20.28 diikuti Hong Leong Financial Group Bhd. susut 16 sen kepada RM18.44. 

 

Menurut laporan Bernama, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd., Thong Pak Leng menjangkakan pelabur berdepan sentimen tidak tenteram buat masa ini berikutan jualan berterusan oleh dana asing dan faktor luaran seperti peningkatan risiko pasaran dan turun naik dalam pasaran global di tengah-tengah inflasi yang tinggi di Amerika Syarikat.

 

"Sebaliknya, FBM KLCI kekal dalam kedudukan terlebih jual selepas penjualan besar-besaran baru-baru ini. 

 

"Kami menjangkakan indeks penanda aras akan disatukan dalam julat 1,390 hingga 1,405 mata menjelang hujung minggu ini," katanya. -DagangNews.com