KUALA LUMPUR 19 Jun - Penyedia kemudahan digital global, Vertiv, mengumumkan kerjasama strategik dengan Tec D, sebuah syarikat di bawah TD SYNNEX yang berpusat di Malaysia, bagi memperluas pengedaran produk dan rumusan teknologinya di negara ini.
Kerjasama itu membantu Vertiv memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan menyediakan lebih banyak rumusan tenaga dan penyejukan, sejajar dengan pertumbuhan peralihan digital berasaskan data.
Ia juga membolehkan Tec D mengedarkan semua produk Vertiv, termasuk Vertiv™ Liebert GXE 1-10kVA UPS iaitu sistem bekalan tenaga tanpa gangguan (UPS) yang menggunakan teknologi penukaran dua kali ganda.
Peranti tersebut melindungi bekalan tenaga dengan cekap dan kos yang berpatutan, sesuai untuk pelbagai sektor seperti perusahaan kecil & sederhana (PKS), kesihatan, bank, telekomunikasi, runcit dan pengangkutan.
Pengarah Kanan Pengedaran IT dan Rakan Kongsi Vertiv Asia, Daniel Sim berkata, pihaknya teruja bekerjasama dengan Tec D sebagai rakan pengedaran di Malaysia.
"Dengan kemajuan teknologi berasaskan data, organisasi dan syarikat memerlukan kemudahan yang kukuh dan boleh dipercayai.
"Kerjasama ini membantu kami mendekati lebih ramai pelanggan dan menyokong usaha peralihan digital mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Naib Presiden dan Pengurus Besar Tec D Malaysia, Mark Tan berkata, beban kerja kecerdasan buatan (AI) dan data yang semakin rumit memerlukan infrastruktur yang stabil dan mudah disesuaikan.
"Kerjasama ini membantu menyediakan rumusan pintar dengan sokongan berterusan daripada pasukan teknikal Vertiv," jelasnya.
Gabungan produk Vertiv dan sokongan khas daripada Tec D, membolehkan rakan kongsi dan pelanggan lebih bersedia mengendalikan aplikasi rumit, analisis data dan beban kerja 'edge computing' dalam pelbagai bidang.
Kerjasama berkenaan juga adalah satu langkah penting untuk menyokong pembangunan sistem digital yang kukuh di Malaysia. - DagangNews.com








