UD Trucks lancar Kuzer SKE 155, trak ringan berdaya tahan bagi pasaran Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

UD Trucks lancar Kuzer SKE 155, trak ringan berdaya tahan bagi pasaran Malaysia

(Dari kiri) : Pengarah Wilayah, Asia Tenggara & Asia Timur UD Trucks, Ochiai Keiichiro, Pengarah Urusan, APAC, UD Trucks, Eric Labat, Ketua Pegawai Operasi TCIE, Loh Thim Choy, dan Pengarah Eksekutif TCIE, Tan Keng Meng.
Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 30 Jun – UD Trucks bersama pengedar tunggalnya di Malaysia, Tan Chong Industrial Equipment Sdn Bhd (TCIE), melancarkan trak tugas ringan Kuzer SKE 155 Baharu untuk pasaran Asia Tenggara, dengan fokus kepada pasaran Malaysia.

 

Trak itu memberi tumpuan kepada enam aspek utama iaitu muatan, prestasi, casis, pelepasan, ketahanan, dan keselamatan bagi membantu pengendali logistik meningkatkan produktiviti dan tempoh operasi, sejajar pertumbuhan pesat sektor logistik dan e-dagang.

 

UD

 

Pengarah Rantau Asia Tenggara & Asia Timur UD Trucks, Ochiai Keiichiro berkata, pelancaran trak baharu itu mencerminkan komitmen syarikat dalam menyokong permintaan terhadap kenderaan komersial tugas ringan berkualiti tinggi.

 

"Kami bersedia mencapai pertumbuhan kukuh dalam segmen ini," katanya dalam satu kenyataan.

 

UD

 

Kuzer itu dikuasakan enjin 5.2 liter Euro IV dengan kotak gear overdrive enam kelajuan, menawarkan tork tinggi dan penjimatan bahan api, malahan dilengkapi sistem pengurusan enjin dan suntikan bahan api canggih, membolehkan pengurangan pelepasan karbon.

 

Trak itu juga menawarkan pengurangan berat dan peningkatan muatan untuk kecekapan operasi. 

 

Varian 7.5 tan mampu membawa muatan sehingga 4,880kg, iaitu 600kg lebih tinggi berbanding model terdahulu. 

 

UD

 

Keselamatan menjadi keutamaan dengan ciri seperti Beg Udara SRS, Anti-Slip Regulator (ASR), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Pengagihan Brek Elektronik (EBD).

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi TCIE, Loh Thim Choy berkata, pelanggan akan menerima sokongan berterusan melalui 28 pusat pengedar dan servis di seluruh negara.

 

UD

 

"Keutamaan kami adalah untuk memastikan pelanggan menikmati lebih nilai bagi setiap kilometer perjalanan dengan kos pemilikan yang efektif dan pelaburan yang berbaloi," katanya.

 

Antara ciri tambahan termasuk lampu LED, storan dalaman yang luas, port USB, kluster instrumen yang jelas serta pintu dengan bukaan lebar dan pemegang A-pillar  untuk akses mudah.- DagangNews.com