KUALA LUMPUR 13 Feb - T7 Global Bhd menerusi Tanjung Offshore Services Sdn Bhd memperoleh kontrak daripada EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd bagi penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan, pembinaan, pengubahsuaian (MCM) dan sambungan dan pentauliahan (HUC) Pan-Malaysia untuk Pakej B3.
Kumpulan itu berkata, kontrak itu bermula pada 4 Disember 2024 bagi tempoh lima tahun sehingga 3 Disember 2029.
"Kontrak itu termasuk lanjutan pilihan sehingga lima tahun—tiga tahun untuk lanjutan pertama dan dua tahun untuk yang kedua," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini.
Kumpulan itu berkata, kontrak itu tidak akan memberi kesan ke atas jumlah modal saham terbitan dan pegangan saham pemegang saham utama syarikat.
Lembaga Pengarah menjangkakan peruntukan kontrak yang dinyatakan di atas akan menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan seterusnya sehingga tamat kontrak. - DagangNews.com








