SynVista tubuhkan kilang penyimpanan tenaga antarabangsa pertama di Selangor | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

SynVista tubuhkan kilang penyimpanan tenaga antarabangsa pertama di Selangor

Majlis itu dirasmikan oleh (dari kiri ke kanan): Pengerusi SynVista Holdings, Owen Chen, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Zalina Zainol, Presiden MPSEA, Ir. Justin Sim, dan (kedua dari kiri) YAM Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.
Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 1 Julai – SynVista Energy, syarikat berpangkalan di Singapura, penubuhan kilang penyimpanan tenaga antarabangsa pertamanya di Selangor, sekali gus menandakan pencapaian penting dalam landskap tenaga bersih Malaysia. 

 

Pengumuman itu dibuat semasa Sidang Kemuncak SynVista Energy Storage Full Lifecycle: Delivering End-to-End Solutions from Planning to Operation di JW Marriott Kuala Lumpur.

 

s
Pengerusi SynVista Holdings, Owen Chen.

 

Pengerusi SynVista Holdings, Owen Chen berkata, ia bukan sekadar pengembangan serantau tetapi satu langkah transformatif. 

 

"Malaysia menawarkan ekosistem yang bersesuaian untuk pembangunan tenaga bersih, dan SynVista berbangga untuk menjadi pengeluar penyimpanan tenaga sulung yang memulakan operasi di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.

 

s
Sidang kemuncak itu dianjurkan oleh SynVista Energy Malaysia dengan kerjasama Persatuan Industri Fotovolta dan Tenaga Mampan Malaysia (MPSEA) serta HD Solar New Energy, dan menerima sokongan padu daripada institusi serta pemain industri.

 

Acara itu dihadiri Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dilantik sebagai Pengerusi Kehormat SynVista Energy.

 

Kemudahan pengeluaran baharu itu dijangka mencapai kapasiti tahunan 5GWh menjelang akhir 2025, sekali gus mengukuhkan kedudukan syarikat dalam rantaian bekalan global merentasi Asia Tenggara, Eropah, dan Amerika.

 

s
Majlis itu turut diserikan dengan kehadiran YAM Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj yang kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Kehormat SynVista Energy Malaysia — peranan yang mencerminkan visi jangka panjang syarikat serta komitmen untuk menyumbang secara bermakna kepada masa depan tenaga negara.

 

Langkah itu menjadikan SynVista sebagai syarikat penyimpanan tenaga pertama yang menubuhkan pangkalan pembuatan di Malaysia, mengukuhkan komitmen syarikat untuk memajukan daya tahan tenaga, penciptaan peluang pekerjaan dan pembangunan mampan di rantau ini.

 

Antara pembentang utama termasuk Ketua Pegawai Strategi TNB Research, Dr. Aznan, yang mengupas potensi Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) dalam peralihan tenaga negara dari sudut keselarasan dasar dan kesiapsiagaan nasional.

 

s
Ketua Pegawai Strategi TNB Research, Dr Aznan menyampaikan pandangan strategik berkaitan penjajaran dasar dan kesiapsiagaan negara dalam ucaptamanya bertajuk "Unlocking BESS Potential in Malaysia’s Energy Transition".

 

Sementara itu, Pengarah Jualan Antarabangsa HD Solar, Amy Guo, pula menekankan kepentingan integrasi sistem PV dan storan dalam mempercepatkan penerimaan tenaga bersih di Asia Tenggara.

 

s
YAM Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

 

Perkongsian idea itu menyerlahkan peranan sidang kemuncak tersebut sebagai platform penting dalam pertukaran ilmu dan kerjasama serantau industri tenaga bersih.- DagangNews.com