Subsidiari OSK Holdings peroleh lesen pemberi pinjam wang daripada Kerajaan | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Subsidiari OSK Holdings peroleh lesen pemberi pinjam wang daripada Kerajaan

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 16 Jun - OSK Holdings Berhad (OSK) menerusi subsidiari tidak langsung milik penuhnya, OSK RF Sdn. Bhd., telah memperoleh kelulusan daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menjalankan aktiviti pemberian pinjaman wang.

 

OSK memaklumkan bahawa OSK RF (dahulunya dikenali sebagai PH Keystone Capital Sdn. Bhd.) telah diberikan Lesen Pemberi Pinjam Wang bertarikh 12 Jun 2026 di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 serta Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Pelesenan) 2003.

 

Lesen tersebut membolehkan OSK RF menjalankan aktiviti pemberian pinjaman wang serta menawarkan kemudahan pinjaman mengikut keperluan dan peruntukan yang ditetapkan di bawah akta berkenaan.

 

Lesen itu sah untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa mulai 11 Jun 2026, dan boleh diperbaharui tertakluk kepada pengemukaan permohonan pembaharuan kepada KPKT, kata syarikat itu dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

OSK berkata, kelulusan tersebut menandakan peluasan aktiviti perniagaan OSK RF dalam segmen perkhidmatan kewangan yang dikawal selia.

 

Menurut syarikat itu, maklumat lanjut berhubung operasi anak syarikat berkenaan di bawah lesen tersebut akan diumumkan pada masa yang bersesuaian. - DagangNews.com