Saham Datasonic diniagakan di Bursa Malaysia dengan nama baharu NexG bermula 27 Februari 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Saham Datasonic diniagakan di Bursa Malaysia dengan nama baharu NexG bermula 27 Februari 2025

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 24 Feb - Bursa Malaysia Bhd mengumumkan penukaran nama Datasonic Group Bhd kepada NexG Bhd.

 

Bursa Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, saham syarikat itu akan diadagangkan dan disebut harga mengikut nama baharu itu berkuat kuasa 9 pagi, Khamis, 27 Februari 2025.

 

“Nama ringkas syarikat akan ditukar kepada NEXG manakala nombor saham (5216) kekal tidak berubah,” katanya.

 

Terdahulu, pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Datasonic yang diadakan hari ini, para pemegang saham mengundi secara besar-besaran menyokong pertukaran nama kepada NexG.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Pemegang saham Datasonic lulus usul pertukaran nama kepada NexG Berhad

 

Resolusi itu diluluskan dengan 58 pemegang saham, mewakili lebih 99.9% saham yang diundi, menyokong cadangan itu.
 

NexG


Perubahan nama itu mencerminkan hasrat kumpulan untuk menjadi peneraju dalam penyepaduan teknologi generasi akan datang, seperti AI, merentas aplikasi kerajaan dan komersial.

 

Perubahan nama itu adalah sebahagian daripada rancangan transformasi kumpulan yang diumumkan pada 13 Disember 2024.

 

Rancangan transformasi itu antara lain menggariskan strategi syarikat iaitu membuat pelaburan strategik yang akan meluaskan kehadiran pasaran Kumpulan, meningkatkan portfolio produk dan perkhidmatan Kumpulan, dan mempercepatkan aktiviti R&D dalamannya. - DagangNews.com