Rohas Tecnic menang kontrak perkhidmatan kejuruteraan RM92.8 juta daripada TNB | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rohas Tecnic menang kontrak perkhidmatan kejuruteraan RM92.8 juta daripada TNB

Gambar/Rohas Tecnic Bhd
Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 27 Mac - Rohas Tecnic Bhd menerima surat niat (LOI) daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM92.8 juta melibatkan pembinaan talian penghantaran dua litar (OHL) kuad-sirkuit 275/275 kilovolt ke stesen pencawang gas baru Kenyir.

 

Rohas berkata, tempoh untuk menyiapkan kerja-kerja projek OHL itu adalah dua tahun dari tarikh permulaan.

 

Katanya, projek OHL tersebut tertakluk kepada risiko berkaitan kontrak EPCC, termasuk turun naik harga bahan.

 

"Namun, dengan pengalaman dan kepakaran dalam projek EPCC yang serupa, risiko-risiko ini dijangka dapat dikurangkan dengan berkesan.

 

"Sekiranya tiada sebarang keadaan yang tidak dijangka, projek OHL ini dijangka memberikan kesan positif kepada pendapatan kumpulan Rohas untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, 2026 dan 2027," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

Tambahnya, projek berkenaan juga dijangka membawa kesan kewangan positif terhadap pendapatan setiap saham dan aset bersih setiap saham kumpulan. - DagangNews.com