Redhill lantik Windy AP sebagai Ketua Negara Malaysia dan Indonesia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Redhill lantik Windy AP sebagai Ketua Negara Malaysia dan Indonesia

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 2 Sept - Agensi komunikasi global Redhill melantik Windy AP sebagai Ketua Negara bagi Malaysia dan Indonesia, sekali gus memperluas tanggungjawab kepimpinannya merangkumi dua pasaran utama syarikat itu di Asia Tenggara.

 

Pelantikan itu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2026, menurut Redhill dalam satu kenyataan.

 

Windy, yang sebelum ini merupakan Ketua Negara Redhill bagi Indonesia, akan menyelia hala tuju strategik, operasi, khidmat nasihat pelanggan, pertumbuhan perniagaan dan pembangunan bakat di Malaysia dan Indonesia.

 

Beliau juga akan bekerjasama dengan pasukan di kedua-dua pasaran bagi memperkukuh kerjasama dan membangunkan keupayaan yang lebih bersepadu untuk menyokong pelanggan di seluruh rantau ini.

 

Redhill berkata, peluasan peranan itu dibuat ketika agensi berkenaan terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia, dengan pasukan tempatannya menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam sektor perbankan, perkhidmatan kewangan, teknologi, gaya hidup, pelancongan dan barangan pengguna.

 

Redhill perkukuh operasi di Malaysia

Antara pelanggan Redhill di Malaysia ialah Mastercard dan Cisco, manakala pasukan itu turut menerajui pelaksanaan kempen serantau untuk Kia serta menyumbang kepada akaun serantau termasuk NTT DATA, Nokia, Lamb Weston dan Bank of America.

 

“Malaysia merupakan pasaran yang penting dan dinamik, dan saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan pasukan tempatan kami untuk memanfaatkan pengalaman Redhill dalam perkhidmatan kewangan, teknologi, pelancongan, barangan pengguna, gaya hidup serta sektor utama lain,” kata Windy.

 

Sebelum menyertai Redhill, Windy memegang beberapa jawatan kepimpinan kanan di Indonesia, termasuk sebagai Ketua Pemasaran di platform pasaran automotif CARRO, dengan menerajui pemasaran dan komunikasi merangkumi perniagaan B2C, B2B dan C2B.

 

Presiden Redhill, Manisha Seewal berkata, Windy memainkan peranan penting dalam mengembangkan perniagaan agensi itu di Indonesia dan kini akan membawa pengalamannya ke operasi Redhill di Malaysia.

 

“Di bawah kepimpinan Windy, kami berharap dapat memupuk kerjasama lebih erat antara pasukan kami, memperkukuh keupayaan tempatan dan terus membina asas kukuh yang telah diwujudkan bagi menyokong keperluan pelanggan yang semakin berkembang di seluruh rantau ini,” katanya.

 

Redhill berkata, peluasan struktur kepimpinan itu bertujuan memperkukuh hubungan antara operasi Malaysia dan Indonesia sambil mengekalkan tumpuan terhadap kepakaran pasaran tempatan. - DagangNews.com