PMCK catat permulaan positif di Pasaran ACE pagi ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PMCK catat permulaan positif di Pasaran ACE pagi ini

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 9 Julai – Saham PMCK Bhd, pengendali hospital dari Kedah, mencatat kenaikan sederhana pada hari pertama penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia, selepas meraih RM67 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO).

 

Saham syarikat itu dibuka pada 22.5 sen berbanding harga IPO 22 sen dan diniagakan dalam julat 22 hingga 23.5 sen.

 

Sehingga 9.30 pagi, lebih 73.5 juta saham bertukar tangan, dengan nilai pasaran mencecah RM256 juta.

 

IPO PMCK menyaksikan permintaan sederhana dengan sebahagian saham tidak dilanggan sepenuhnya dan diagihkan semula kepada pelabur lain.TIKEL

 

ARTIKEL BERKAITAN PMCK terima kelulusan Bursa Malaysia untuk disenaraikan di Pasaran ACE

 

PMCK mengendalikan Pusat Perubatan Putra di Alor Setar yang menawarkan perkhidmatan kepakaran merangkumi 17 bidang dengan 40 perunding. 

 

Syarikat itu sedang membangunkan PMC Kulim, projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada hospital swasta 12 tingkat, medan selera dan hotel di atas tanah seluas lebih 141,000 kaki persegi.

 

Sebanyak RM60 juta daripada hasil IPO akan digunakan untuk pengembangan dan operasi syarikat, manakala RM7 juta diagihkan kepada pemegang saham penjual, termasuk pengarah urusan Datuk Lee Gaik Cheng dan timbalan pengerusi eksekutif Datuk Lim Kim Huat. - DagangNews.com