KUALA LUMPUR 19 Mac - Situasi yang tidak diiginkan seperti penerbangan tertangguh, mengalami kecederaan yang tidak diigini semasa bercuti boleh merosakkan percutian idaman tetapi segalanya boleh diatasi sekiranya sudah bersedia dengan perlindungan menyeluruh.
Insurans perjalanan sering kali dipandang remeh, tetapi ia adalah elemen penting untuk memastikan perjalanan yang bebas tekanan. Situasi perjalanan pada hari ini penuh dengan ketidakpastian, kelewatan penerbangan atau kecemasan perubatan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Perlindungan yang menyeluruh dan tepat, anda boleh menikmati setiap detik perjalanan dengan lebih yakin dan tenang.
Dengan Tune Protect berdepan ketidakpastian dalam perjalanan menjadi lebih mudah. Pelan perlindungan yang berpatutan, mudah diakses, dan menyeluruh ini direka untuk melindungi anda pada setiap langkah dan memberikan anda keyakinan menjelajah dunia tanpa sebarang kerisauan.

Travel Easy oleh Tune Protect menawarkan perlindungan menyeluruh untuk memastikan anda sentiasa dilindungi.
Travel Easy melindungi anda dalam situasi berikut:
- Pembatalan atau gangguan perjalanan - Dapatkan bayaran balik untuk perbelanjaan yang telah dibayar jika perjalanan anda terpaksa dibatalkan atau dipendekkan akibat daripada kecemasan seperti penyakit, insiden keluarga, atau bencana alam yang menjejaskan rumah atau destinasi anda.
- Kecemasan perubatan atau kemasukan ke hospital - Travel Easy menanggung kos lawatan doktor, rawatan hospital, dan perubatan kecemasan ketika anda berada di luar negara.
- Kehilangan, kecurian, atau kelewatan bagasi - Pampasan akan diberikan sekiranya bagasi anda hilang, dicuri, atau tertangguh.
- Kelewatan penerbangan - Jika penerbangan anda ditangguhkan selama sekurang-kurangnya 3 jam, anda layak menerima pampasan RM200 untuk 3 jam pertama dan tambahan RM200 bagi setiap 6 jam berikutnya.
- Evakuasi kecemasan atau repatriasi - Kos pengangkutan perubatan kecemasan atau pemulangan ke rumah akan ditanggung oleh Travel Easy sekiranya diperlukan.
- Kematian akibat kemalangan atau kecacatan kekal - Bantuan kewangan akan diberikan kepada benefisiari anda sekiranya berlaku kecederaan serius atau kehilangan nyawa.
- Perlindungan rumah semasa perjalanan - Jika ada kecurian berlaku di rumah anda ketika anda mengembara, Travel Easy memberikan perlindungan untuk kandungan rumah anda.
- Kehilangan dokumen perjalanan - Travel Easy akan memberikan pampasan untuk membantu menggantikan dokumen-dokumen perjalanan penting seperti pasport yang hilang atau dicuri.
"Travel Easy oleh Tune Protect disesuaikan untuk memenuhi keperluan pengembara moden, sama ada untuk percutian santai, perjalanan kerja, atau ekspedisi spontan.
"Ia akan memberikan anda perlindungan menyeluruh yang diperlukan untuk perjalanan yang lebih lancer dan bebas tekanan," katanya dalam satu kenyataan.
Pelan perlindungan Travel Easy menyediakan perlindungan menyeluruh terhadap gangguan yang tidak dijangka, seperti banjir atau kebakaran yang berlaku dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh keberangkatan anda.
Travel Easy menawarkan perlindungan untuk pembatalan atau gangguan perjalanan dengan memberikan pampasan bagi perbelanjaan prabayar yang tidak boleh dikembalikan.

Selain perlindungan perjalanan, Travel Easy Home Care Benefit memberikan ketenangan fikiran walaupun anda berada jauh dari rumah. Sekiranya berlaku kecurian di rumah semasa anda bercuti, kandungan rumah anda tetap dilindungi.
"Dengan aplikasi mudah alih Tune Protect, pengurusan insurans perjalanan menjadi lebih pantas, mudah, dan efisien. Anda boleh membeli polisi, mengubah suai perlindungan, mengemukakan tuntutan, dan mendapatkan bantuan 24/7 – semuanya di hujung jari.
"Ini menjadikan Tune Protect peneman perjalanan yang ideal untuk setiap pengembara, menawarkan pengalaman insurans perjalanan yang lancar dan tanpa beban fikiran," katanya.
Perjalanan anda sepatutnya menjadi pengalaman yang membawa kegembiraan, bukan tekanan. Tune Protect menawarkan insurans perjalanan yang komprehensif pada harga mampu milik. Pelan yang bermula dengan harga serendah RM9 menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang mahukan perlindungan tanpa perlu berbelanja besar.
Bagi mereka yang sering mengembara, pelan tahunan menawarkan perlindungan jangka panjang pada kadar yang lebih menjimatkan, memastikan anda dilindungi sepanjang tahun tanpa perlu membeli insurans setiap kali anda merancang perjalanan.
Sama ada untuk perjalanan pertama anda, atau yang ke-50, Tune Protect sedia membantu memastikan setiap langkah perjalanan anda lebih lancar dan selamat.
Tune Protect memastikan tuntutan insurans perjalanan tidak membebankan pengguna. Dengan ciri Instant Travel Claim, tuntutan diproses secara digital tanpa keperluan dokumen yang panjang dan bayaran balik akan diproses melalui DuitNow pada hari yang sama setelah mendapat kelulusan
"Sokongan pelanggan 24/7 turut disediakan untuk membantu anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada. Sama ada sedang anda menghadapi kelewatan penerbangan atau kecemasan perubatan, Tune Protect memastikan proses tuntutan anda berjalan lancar dan pantas tanpa kerumitan," katanya.
Aplikasi Tune Protect memberikan kemudahan dan kawalan di hujung jari anda, membolehkan anda menyesuaikan perlindungan, mengemukakan tuntutan, dan mendapatkan maklumat dengan hanya beberapa sentuhan.
Dengan pilihan perlindungan yang berpatutan dan fleksibel serta proses tuntutan yang cepat dan mudah, Tune Protect memastikan anda bebas untuk menjelajah dengan lebih tenang dan yakin.
Muat turun aplikasi Tune Protect atau layari tuneprotect.com untuk mendapatkan perlindungan perjalanan anda hari ini dan nikmati perjalanan anda yang seterusnya dengan yakin. - DagangNews.com








