KUALA LUMPUR 13 Feb - Kementerian Ekonomi akan melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga tahun 2025 bagi meningkatkan pelaburan ke dalam sektor itu, kata menterinya Datuk Seri Rafizi Ramli, hari ini.
Beliau berkata, melalui pelan hala tuju ni, kerajaan akan menyumbang sebanyak RM52 bilion gas asli kepada pertumbuhan ekonomi.
Katanya, pelan hala tuju itu juga akan memberi tumpuan kepada akses kepada pembiayaan dan infrastruktur gas.
"Dengan memperluaskan terminal dan saluran paip regasifikasi kami, kami mahu meningkatkan bilangan pekerjaan teknikal dan mengekalkan kesan sosioekonomi industri," katanya semasa berucap di Simposium Gas Malaysia (MyGAS 2025), hari ini.
Rafizi menegaskan dorongan itu penting apabila mempertimbangkan tekanan geopolitik dan menegaskan pasaran gas global lebih berpecah-belah daripada minyak mentah.
“Pelan Hala Tuju Gas Negara merupakan elemen penting dari perspektif tenaga untuk memastikan ekonomi negara kekal berdaya saing pada masa hadapan sekiranya berlaku kekurangan gas pada masa hadapan.
"Terdapat beberapa aspek yang perlu diperkukuh, dan ini melibatkan mekanisme pasaran gas dan pelaburan infrastruktur," katanya.
Rafizi berkata, Malaysia mesti bersaing dengan trend yang lebih luas, termasuk keperluan tenaga yang semakin meningkat didorong oleh alternatif yang lebih bersih.
Beliau juga berkata, Malaysia perlu mengisi jurang yang timbul dalam sector tenaga boleh diperbaharui (RE).
"Unjuran campuran tenaga negara menunjukkan gas asli akan berkembang kepada 56% menjelang 2050 iaitu lebih daripada tiga kali ganda sumbangan tenaga boleh diperbaharui Malaysia.
"Walaupun ada yang berkata, gas asli hanyalah bahan api peralihan, data menunjukkan sebaliknya.
"Bagi sebahagian besar Malaysia dan negara membangun, gas asli, sebenarnya, mungkin adalah bahan api utama ," katanya. - DagangNews.com








