KUALA LUMPUR 14 Mac - MIDF Research meramalkan jumlah keseluruhan jualan kenderaan (TIV) mencatatkan penurunan sebanyak 3% kepada 792,000 unit selaras dengan unjuran penyusutan Persatuan Automotif Malaysia (MAA) sebanyak 4% kepada 780,000 unit.
Katanya, jualan bulan pertama 2025 mewakili 6% daripada unjuran tahun penuh dan ia dianggap selaras dengan jangkaan.
Firma penyelidikan itu berkata, Perodua, pemacu jualan utama tahun lepas, menyaksikan penurunan tunggakan tempahan daripada 80,000 unit pada Disember 2024 kepada 68,000 unit pada masa ini.
Jumlah itu dijangka menyusut 3.7% kepada 345,000 unit tahun ini disebabkan pengeluaran yang dirancang.
"Untuk Februari 2025, jumlah jualan dijangka bertambah baik dari bulan ke bulan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri," katanya dalam satu nota kajian.
Terdahulu, MAA melaporkan TIV sebanyak 48,875 unit penyusutan 27% dan 40.2% dari bulan ke bulan pada Januari 2025.
Penurunan bulan ke bulan dijangka disebabkan bulan bekerja yang lebih pendek dan asas yang tinggi pada Disember 2024.
Nissan satu-satunya jenama yang mencatatkan rekod sebulan peningkatan mungkin didorong pelancaran Kicks e-Power.
Sementara itu, penurunan tahun ke tahun sebahagian besarnya berasaskan luas, dengan kebanyakan pasaran utama mengalami kejatuhan dua angka, kecuali Toyota.
MIDF Research mengekalkan saranan "neutral" untuk sektor itu dan menjangkan berlakunya penyusutan berterusan.
"Bagaimanapun, selepas keputusan suku keempat 2024 berlaku penurunan harga saham yang mendadak di tengah-tengah jangkaan TIV yang lebih lemah.
"Ini mendorong kami untuk menaik taraf MBM Resources daripada "neutral" kepada "beli" dan Tan Chong Motor daripada "jual" kepada "neutral". - DagangNews.com








