Malton gabung teknologi LED canggih syarikat China, Apexls dalam projek hartanah | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malton gabung teknologi LED canggih syarikat China, Apexls dalam projek hartanah

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 26 Mac - Pemaju hartanah Malton Bhd, memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan pengeluar paparan LED yang berpusat di China, Shenzhen Apexls Optoelectronic Co Ltd, untuk menggabungkan teknologi LED canggih dalam pembangunan hartanah Malton di Malaysia.

 

Menurut Malton, kerjasama tersebut bertujuan untuk menilai potensi permintaan terhadap teknologi paparan LED canggih di Malaysia, dengan fokus kepada kajian kebolehlaksanaan dan penyelidikan pasaran yang diperlukan untuk memasukkan paparan LED interaktif, papan iklan digital dinamik dan pengalaman LED dalam projek-projek akan datangnya.

 

"Kerjasama ini akan sah selama 12 bulan," kata Malton dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

Malton merupakan pemaju hartanah tempatan yang memfokuskan kepada pembangunan bandar bersepadu, projek kediaman bertingkat tinggi dan projek komersial.

 

Syarikat induk Apexls, Ledman Optoelectronic Co Ltd, yang tersenarai di Bursa Saham Shenzhen, adalah pengeluar produk LED bersepadu yang beroperasi di lebih 80 negara dan wilayah. - DagangNews.com