KUALA LUMPUR 13 Feb - Malaysian Pacific Industries Bhd berpotensi memberikan dividen khas berikutan cadangan penjualan tanah kumpulan itu di Pulau Pinang.
CIMB Securities berkata, kedudukan kewangan kumpulan itu adalah kukuh dan memiliki baki tunai bersih sebanyak RM991 juta bersamaan RM4.72 sesaham pada akhir September 2024.
Firma penyelidikan itu juga menunjukkan hasil aliran tunai yang kukuh antara 6.1% hingga 7.2% bagi tahun berakhir FY25 dan FY26.
"Kami percaya aliran tunai sedia ada kumpulan itu mencukupi untuk membiayai rancangan pengembangan Ipoh dan Suxian.
"Jika MPI mengagihkan keseluruhan keuntungan bersih daripada jualan, dividen sesaham untuk FY26 boleh meningkat kepada 85 sen daripada 35 sen," katanya dalam satu nota kajian.
Terdahulu, kumpulan itu melupuskan dua bidang tanah berkelasan 40,487 kaki persegi di Bayan Lepas, Pulau Pinang kepada kepada pengendali pusat data Open DC PE2 Asset Sdn Bhd berharga RM140 juta.
Sebahagian daripada hasil akan diagihkan kepada MPI, manakala baki selebihnya akan meliputi cukai dan perbelanjaan berkaitan pelupusan.
MPI menjangkakan untuk merealisasikan anggaran keuntungan bersih daripada penjualan kira-kira RM99.2 juta.
Saham MPI jatuh lebih 14% di Bursa Malaysia sejak awal tahun, didorong oleh sentimen lemah dalam sektor teknologi di tengah-tengah kebimbangan terhadap sekatan eksport cip Amerika Syarikat (AS) pada awal Januari 2025 dan persoalan mengenai keperluan untuk cip canggih yang mahal berikutan kemunculan Deepseek permulaan China.
CIMB Securities mengekalkan saranan "beli" bersama-sama dengan lima firma penyelidikan lain yang meliputi saham itu dengan harga sasaran konsensus RM34.44. sesaham.- DagangNews.com








