KUALA LUMPUR 17 April - Kenanga Research telah menaikkan harga sasaran Keyfield International Bhd kepada RM2.12 sesaham daripada RM2.03, susulan jangkaan pendapatan tambahan hasil pembelian kapal pemasangan pemasangan kabel bernilai RM90.8 juta di China.
Firma itu berkata, angka itu berdasarkan anggaran keuntungan bersih sebanyak RM13.2 juta, dengan andaian kapal tersebut memperoleh kadar sewaan harian sebanyak RM56,000 sepanjang tahun.
"Ini adalah lebih baik berbanding gandaan sasaran kami yang konservatif, yang telah mengambil kira prospek makroekonomi yang lebih berhati-hati," katanya dalam satu nota kajian.
Firma penyelidikan itu berkata, kadar sewaan harian kapal sokongan luar pesisir (OSV) di Malaysia dijangka kekal stabil atau hanya mencatat sedikit penurunan tahun ini berikutan bekalan kapal yang terhad dan permintaan berterusan, sekali gus menyerap tekanan ekonomi global.
Meskipun berdepan cabaran luar, Kenanga kekal positif terhadap prospek Keyfield disebabkan kelebihan armada kapalnya yang lebih muda dan spesifikasi yang kompetitif.
"Kami percaya Keyfield berada di kedudukan terbaik untuk menjadi antara pemain terawal yang meraih manfaat apabila pasaran OSV kembali rancak selari dengan pemulihan ekonomi global," katanya.
Dalam masa sama, Keyfield turut merancang untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sektor huluan minyak dan gas.
Syarikat menyasarkan sehingga 20% daripada jumlah hasilnya dalam tempoh sederhana akan datang daripada segmen kapal bukan berkaitan minyak dan gas.
Kenanga turut menaikkan unjuran pendapatan Keyfield bagi tahun kewangan 2025 dan 2026 sebanyak 5% hingga 6%, bagi mencerminkan pendapatan tambahan daripada kapal Keyfield Blessing.
Bagi tahun kewangan 2025, firma itu mengandaikan kapal tersebut disewa selama lapan bulan, manakala untuk tahun 2026, sewaan dijangka penuh selama 12 bulan.
Firma itu berkata, unjuran itu adalah berdasarkan anggaran keuntungan selepas cukai sebanyak RM13.2 juta dengan andaian kapal tersebut memperoleh kadar sewaan harian sebanyak RM56,000 sepanjang tahun.
"Ini adalah lebih baik berbanding gandaan sasaran kami sebanyak sembilan kali yang telah mengambil kira prospek makroekonomi yang lebih berhati-hati," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kenanga Research menjangkakan kadar sewaan harian dalam pasaran kapal sokongan luar pesisir (OSV) di Malaysia akan kekal stabil atau mencatatkan sedikit penurunan bagi tahun ini memandangkan bekalan kapal yang terhad dan permintaan yang meningkat mampu mengimbangi tekanan ekonomi global.








