Glomac diyakini kekal momentum jualan baharu pada 4QFY25 disokong pelancaran projek RM298 juta - MIDF Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Glomac diyakini kekal momentum jualan baharu pada 4QFY25 disokong pelancaran projek RM298 juta - MIDF Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 27 Mac - Glomac Bhd diyakini mengekalkan momentum jualan baharunya pada 4QFY25 menerusi pelancaran projek dengan nilai pembangunan kasar RM298 juta, kata MIDF Research.

 

Katanya, jualan yan belum dibilkan menaingkat kepada RM475 juta pada 3QFY25 berbanding RM413 juta pada 2QFY25, memberkan keterlihatan pendapatan melebihi satu tahun.

 

"Jualan baharu pada 3QFY25 adalah sebanyak RM72 juta melebihi RM68 juta yang dicatatkan pada 2QFY25.

 

 

"Ia menjadikan jumlah jualan baharu sebanyak RM162 juta pada 9MFY25. Sebahagian besar jualan baharu itu disumbangkan oleh projek Bandar Saujana Utama yang menyumbang sebanyak 89%," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, bagi suku ketiga, Glomac mencatatkan keuntungan bersih RM1.9 juta, atau pendapatan sesaham 0.25 sen, menjadikan keuntungan bersih 9MFY25 kepada RM13.2 juta, atau 1.72 sen.

 

Hasil suku tahunan berjumlah RM33.7 juta, menjadikan jumlah hasil bagi 9MFY25 kepada RM163.4 juta.

 

Firma penyelidikan itu berkata, berdasarkan suku tahun ke suku tahun, pendapatan bersih teras 3QFY25 merosot kepada RM1.95 juta (-51.1%), sejajar dengan hasil yang lebih rendah (-40.3%).

 

Katanya, pendapatan yang lebih rendah itu adalah disebabkan pengiktirafan hasil yang lebih rendah daripada projek yang sedang dijalankan. 

 

Pada asas tahunan, pendapatan bersih teras 3QFY25 lebih rendah (-49%) disebabkan sumbangan yang lebih rendah daripada projek hartanah.

 

"Ia menjadikan pendapatan bersih teras 9MFY25 kepada RM13.2 juta (57.9%) disebabkan hasil lebih rendah (-20.4%).

 

"Pertumbuhan pendapatan pada 9MFY25 didorong pengembangan margin. Margin keuntungan kasar berkembang kepada 31.3% pada 9MFY25 daripada 25.2% pada 9MFY24 disebabkan gabungan lebih baik bagi perkembangan margin keuntungan yang lebih tinggi," katanya.

 

MIDF Research mengekalkan saranan "neutral" dengan harga sasaran 34 sen sesaham  - DagangNews.com