KUALA LUMPUR 21 Nov - Giant Bukit Tinggi Klang kini tampil dengan wajah baharu menerusi pelancaran semula pasar raya yang telah direka semula, menandakan fasa baharu pasar raya itu dalam menawarkan penambahbaikan fasiliti serta pengalaman beli-belah yang lebih nilai untuk pengguna.
Menurut Giant, transformasi pasar raya itu melibatkan penambahbaikan kawasan segar buah-buahan dan sayur-sayuran serta pengenalan fasiliti gaya hidup termasuk gelanggang badminton dan taman permainan kanak-kanak yang lebih luas.
"Penambahbaikan utama turut merangkumi kawasan Flat Price Zone yang menawarkan kemudahan dan harga berpatutan bagi keperluan harian.
"Turut diperkenalkan ialah seksyen baharu Euro Deli, yang menawarkan rangkaian minuman premium," katanya dalam kenyataan.
Pasar raya itu berkata, inisiatif ini bertujuan memberikan nilai tambah kepada pelanggan di samping memeriahkan suasana beli-belah komuniti setempat.
Sempena pembukaan semula ini, Giant menawarkan pelbagai insentif pemasaran termasuk penebusan set hidangan bagi pelanggan terawal dan peraduan Guess the Cart Challenge dengan perbelanjaan minimum RM81.
"Promosi dalam kedai akan diteruskan sehingga 3 Disember 2025, menawarkan lebih banyak penjimatan sepanjang tempoh pelancaran semula," jelasnya.
Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail Malaysia Sdn Bhd, Cheah Yong Hock telah menyempurnakan majlis perasmian pelancaran semula tersebut.
Orang ramai dijemput untuk menerokai ruang dan zon baharu di Giant Bukit Tinggi Klang serta mengikuti saluran media sosial rasmi Giant Malaysia untuk maklumat terkini. - DagangNews.com








