Favelle Favco dapat lagi tempahan kren bernilai RM77.6 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Favelle Favco dapat lagi tempahan kren bernilai RM77.6 juta

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Favelle Favco Berhad (FFB) telah memperoleh beberapa pesanan pembelian baharu berjumlah kira-kira RM77.6 juta melalui anak-anak syarikatnya di Malaysia, China dan Amerika Syarikat.

 

Dalam makluman di Bursa Malaysia, FFB memaklumkan kontrak-kontrak tersebut, yang diterima antara 12 Jun sehingga tarikh pengumuman ini, meliputi pembekalan kren menara dan kren luar pesisir kepada pelanggan dalam sektor kejuruteraan marin, minyak dan gas luar pesisir serta pembinaan.

 

Antara pembeli utama yang disenaraikan termasuk Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd, Offshore Oil Engineering Co Ltd dan Leavitt Cranes, dengan penghantaran dijadualkan bermula dari hujung tahun 2025 hingga suku ketiga 2026.

 

 

 Favelle Favco

 

 

Tempahan-tempahan ini telah diperoleh melalui anak syarikat Shanghai Favco Engineering Machinery Manufacturing Co Ltd, Favelle Favco Cranes (M) Sdn Bhd dan Favelle Favco Cranes (USA), Inc.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Favelle Favco terima pesanan pembelian kren bernilai RM43.9 juta daripada 4 syarikat antarabangsa

 

FFB dalam kenyataan itu berkata bahawa “kontrak-kontrak di atas dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih FFB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025 dan seterusnya.”

 

“Lembaga pengarah FFB berpandangan bahawa penerimaan kontrak-kontrak ini adalah demi kepentingan terbaik FFB,” tambah syarikat itu. - DagangNews.com