CIMB sasar pulangan ke atas ekuiti sehingga 11.5% pada 2025 - RHB Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CIMB sasar pulangan ke atas ekuiti sehingga 11.5% pada 2025 - RHB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 3 Mac - CIMB Group Holdings Bhd menyasarkan pulangan ke atas ekuiti (ROE) antara 11% hingga 11.5% bagi tahun 2025, kata RHB Research. 

 

Katanya, selain lonjakan dalam pertumbuhan pinjaman domestik bagi meningkatkan perkembangan pinjaman kumpulan bagi melepasi sasaran 5% hingga 7% dan bagi membantu mengurangkan tekanan margin pendapatan bersih (NIM) dan sasaran lain bagi mengekalkan kestabilan.

 

Firma penyelidikan itu berkata, ia sebahagiannya mungkin disebabkan Langkah kumpulan yang lebih berhati-hati kerana pengurusan sedar mengenai ketidaktentuan geopolitik dan keadaan operasi yang mencabar di Indonesia.

 

"Kumpulan itu melihat kawalan kos dan pendapatan bukan faedah (NOII) sebagai kunci untuk mengurangkan risiko penurunan kepada ROE.

 

"Bagaimanapun, CIMB akan memulakan pelan strategik seterusnya dengan landasan yang lebih kukuh, disokong kualiti aset yang lebih baik dengan  nisbah perlindungan kerugian pinjaman (LLC)sebanyak 105%, modal yang kukuh yang membuka pilihan untuk pertumbuhan modal dan kecairan kunci kira-kira," katanya dalam satu nota kajian. 

 

ARTIKEL BERKAITAN: Untung bersih FY24 CIMB naik 10.7% kepada RM7.7 bilion dipacu peningkatan hasil

 

Terdahulu,keputusan kewangan yang lebih kukuh membawa kepada peningkatan ketara ROE kepada 11.2%, meningkat 50 mata asas tahun ke tahun.

 

Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2024 (4QFY24), untung bersih CIMB meningkat 5% kepada RM1.8 bilion daripada RM1.7 bilion pada suku yang sama tahun lepas, tetapi hasil bagi suku itu merosot sedikit kepada RM5.32 bilion daripada RM5.37 bilion.

 

Pendapatan operasi FY24 meningkat 6.1% dari tahun ke tahun kepada RM22.3 bilion, disumbangkan pertumbuhan dalam pendapatan faedah bersih (NII) NOII.

 

RHB Research berkata, walaupun mengekalkan nisbah pembayaran dividen sebanyak 55%, CIMB menegaskan mereka tidak bercadang untuk bergantung kepada lebihan modal, seperti yang dilihat daripada dua pusingan DPS khas tahun lepas.

 

Firma penyelidikan itujuga melihat pinjaman pusat datanya mencecah antara RM4 billion hingga RM5 bilion terutamanya bagi sektor pembinaan.

 

"Kami mengekalkan saranan "beli" dengan harga sasaran (TP) RM9.25 sesaham," katanya.- DagangNews.com