Bekas CEO AirAsia, Aireen Omar letak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Senheng | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bekas CEO AirAsia, Aireen Omar letak jawatan sebagai Pengarah Bukan Eksekutif Senheng

Aireen Omar
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 30 Sept – Senheng New Retail Bhd mengumumkan peletakan jawatan Pengarah Bukan Eksekutif Bebas, Aireen Omar berkuat kuasa hari ini.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat runcit elektronik itu berkata, Aireen yang menyertai lembaga pengarah pada 21 Jun 2024 meletakkan jawatan atas alasan komitmen peribadi.

 

“Syarikat menghargai sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan di lembaga pengarah, termasuk pandangan strategik dan kepimpinan yang membantu membentuk hala tuju Senheng,” kata syarikat itu.

 

Sebelum menyertai Senheng, Aireen pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Bhd dan Timbalan CEO Kumpulan. 

 

Dalam tempoh perkhidmatannya di syarikat penerbangan itu, beliau mengetuai transformasi digital syarikat, pengurusan kewangan, serta strategi pengembangan serantau yang pesat.

 

Pada 2023, Aireen dilantik sebagai Presiden (Pelaburan dan Usaha Niaga) di Capital A Bhd, di mana beliau mengetuai strategi pelaburan dan pengumpulan dana.

 

Beliau kini memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan (Group CEO) BigPay dan CEO BigLife (AirAsia Rewards), kedua-duanya merupakan subsidiari Capital A, memacu inklusi kewangan dan inovasi di seluruh Asean.

 

Aireen juga berkhidmat dalam lembaga Tune Protect Group Bhd sebagai Pengarah Bukan Eksekutif, jawatan yang dipegang sejak 2019. - DagangNews.com