Anak syarikat Exsim Hospitality raih kontrak RM620,000 kerja-kerja perobohan di Empire City | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Anak syarikat Exsim Hospitality raih kontrak RM620,000 kerja-kerja perobohan di Empire City

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 26 Jun - Anak syarikat milik penuh Exsim Hospitality Bhd, Exsim Concepto Sdn Bhd (ECSB), memperoleh kontrak bernilai RM620,000 bagi kerja-kerja perobohan di Empire City – Zon 4, Galeri Jualan Exsim 4.

 

Syarikat itu berkata, ECSB menerima kontrak tersebut daripada Mightyprop Sdn Bhd (MSB), semalam.

 

"Kerja-kerja dijangka bermula segera dan akan siap sepenuhnya pada 31 Julai 2025, termasuk tempoh jaminan selama sebulan," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

ECSB menjalankan kerja ubah suai khas untuk hartanah dalam sektor hospitaliti, manakala MSB terlibat dalam pembangunan dan pembinaan hartanah serta perkhidmatan agensi hartanah.

 

Exsim Hospitality menjangka projek berkenaan akan memberi kesan positif kepada pendapatan, aset bersih sesaham dan tahap hutang syarikat sepanjang tempoh pelaksanaan.

 

Syarikat turut menjelaskan, urus niaga itu adalah transaksi biasa antara pihak berkaitan dan dibuat sebagai sebahagian daripada operasi harian yang dianggap menguntungkan syarikat. - DagangNews.com