2,894 pertubuhan terlibat aktiviti OGSE dengan hasil kasar RM79.2 bilion pada 2023 - DOSM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

2,894 pertubuhan terlibat aktiviti OGSE dengan hasil kasar RM79.2 bilion pada 2023 - DOSM

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 20 Mac - Sejumlah 2,894 pertubuhan terlibat dengan perkhidmatan dan peralatan minyak & gas (OGSE) yang berjaya menghasilkan nilai pengeluaran kasar sebanyak RM79.2 bilion pada 2023, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

 

Ketua Perangkawan, Datuk Seri  Dr. Mohd Uzir berkata, menerusi Banci OGSE 2024 berkata, sektor perkhidmatan mendominasi dengan 1,643 pertubuhan (56.8%), diikuti oleh sektor pembinaan (802 pertubuhan; 27.7%), sektor pembuatan (251 pertubuhan; 8.7%) dan sektor perlombongan dan pengkuarian (198 pertubuhan; 6.8%).

 

Beliau berkata, nilai output kasar berjumlah RM79.2 bilion yang mana 35.5% disumbangkan sektor perlombongan dan pengkuarian dengan nilai sebanyak RM28.1 bilion, diikuti sektor perkhidmatan, RM25.8 bilion (32.5%). 

 

"Sektor pembinaan dan pembuatan masing-masing merekodkan RM15.4 bilion (19.4%) dan RM9.9 bilion (12.5%). Sejumlah RM59.3 bilion Output OGSE yang dijana dan menyumbang 74.9% kepada keseluruhan output kasar pada 2023," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 

Mohd Uzir berkata, nilai input perantaraan mencatatkan RM39.8 bilion pada 2023 dengan sektor perkhidmatan merekodkan nilai tertinggi iaitu RM14.2 bilion (35.6%) diikuti sektor pembinaan (RM10.6 bilion; 26.6%), sektor perlombongan dan pengkuarian (RM8.4 bilion; 21.1%) dan sektor Pembuatan (RM6.7 bilion; 16.7%).”

 

Beliau berkata, nilai ditambah bagi pertubuhan yang terlibat dengan aktiviti OGSE berjumlah RM39.4 bilion pada 2023. 

 

dosm

 

"Sektor perlombongan dan pengkuarian menyumbang RM19.7 bilion atau 50% daripada jumlah keseluruhan. Seterusnya, sektor perkhidmatan mencatatkan RM11.6 bilion (29.4%) dan diikuti oleh sektor pembinaan dan sektor Pembuatan, masing-masing merekodkan RM4.8 bilion (12.3%) dan RM3.3 bilion (8.3%)," katanya.

 

Mohd Uzir berkata, seramai 123,288 pekerja direkodkan pada 2023 dengan sektor pembinaan mencatatkan jumlah pekerja tertinggi sebanyak 50,696 pekerja  (41.1%), diikuti sektor perkhidmatan (48,731 pekerja; 39.5%).

 

Pada masa yang sama, sektor pembuatan dan sektor perlombongan serta pengkuarian masing-masing merekodkan seramai 12,365 pekerja (10%) dan 11,496 pekerja (9.3%). 

 

Beliau berkata, pekerja separuh mahir merekodkan bilangan pekerja tertinggi dengan 67,552 pekerja (56.1%) diikuti pekerja mahir (41,048 pekerja; 34.1%) dan berkemahiran rendah (11,917 pekerja; 9.9%).

 

Katanya, jumlah gaji dan upah yang dibayar pada 2023, merekodkan RM6.8 bilion dengan purata gaji sebanyak RM4,609 sebulan. 

 

"Sektor perkhidmatan mencatatkan nilai gaji dan upah tertinggi berjumlah RM2.8 bilion (41.6%) diikuti sektor pembinaan (RM2.1 bilion; 30.8%), sektor perlombongan dan pengkuarian (RM1.2 bilion ; 17.2%) dan seterusnya sektor pembuatan (RM700 juta; 10.4%). 


"Selain itu, pekerja mahir menerima purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM8,107 diikuti dengan pekerja separuh mahir dan pekerja berkemahiran rendah dengan masing-masing menerima RM2,993 dan RM2,230 sebulan," katanya.

 

Sementara itu, Mohd Uzir berkata, sebanyak 2,652 pertubuhan (91.6%) Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) pada 2023, menjana output kasar berjumlah RM21.2 bilion atau bersamaan 26.7% daripada jumlah output kasar. 

 

Selain itu, berdasarkan kepada 56 aktiviti teras OGSE yang dikenal pasti semasa pelaksanaan Banci OGSE itu, aktiviti perundingan kejuruteraan merekodkan penglibatan tertinggi dengan sumbangan sebanyak 8.6%. 

 

Ini diikuti perkhidmatan tenaga manusia (7.8%) dan bekalan & perkhidmatan bahan kimia (5.1%).- DagangNews.com