Sime Darby Auto Connexion, SpareXHub tawar diskaun 64% untuk alat ganti stok lama Ford | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Sime Darby Auto Connexion, SpareXHub tawar diskaun 64% untuk alat ganti stok lama Ford

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 3 Mac - Pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) berkerjasama dengan platfrom e-dagang, SpareXHub untuk menawarkan penjimatan hebat bermula 64% untuk alat ganti stok lama Ford terpilih, bermula sekarang sehingga 31 Mac ini.

 

Pengarah Urusan SDAC-Ford, Turse Zuhair berkata, syarikat sentiasa berusaha memberikan nilai tambahan dan kemudahan kepada para pelanggannya. 

 

"Selaras dengan usaha mendigitalkan pengalaman jualan runcit kami, gandingan bersama SpareXHub ini memberikan platform kepada pelanggan untuk mendapatkan alat ganti tulen stok lama Ford dengan cara mudah di samping dapat berjimat.

 

“Mereka kini boleh merasa lega mengetahui kenderaan mereka boleh diselenggara dengan alat ganti pengeluar tulen walaupun tempoh waranti telah tamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Dengan Alat Ganti Tulen Ford, pelanggan dapat memastikan kualiti, kesesuaian dan kemasan yang terbaik kerana semua alat ganti direka khusus untuk kenderaan Ford demi prestasi yang hebat.

 

Untuk maklumat lanjut tentang produk yang ada beserta harga dan menikmati penjimatan jualan hebat ini, sila layari www.sparexhub.com ikuti Facebook, SpareXHub.

 

 

ford

 

 

Berkenaan SDAC dan Ford, ikuti Facebook, Instagram, Twitter dan saluran YouTube atau layari www.sdacford.com.my. - DagangNews.com