KUALA LUMPUR 19 Dis - Samaiden Group Berhad melalui anak syarikatnya, Samaiden Sdn. Bhd. memeterai perjanjian kerjasama dengan Management Venture Asia (Cambodia) Ltd. (MVA) bagi meneroka peluang perniagaan berkaitan tenga bersih di Kemboja.
MVA, perunding perniagaan dan pemaju projek tenaga bersih yang berpangkalan di Phnom Penh, terlibat dalam memudahkan usaha perniagaan dan membawa produk ke pasaran serta penyelidikan pasaran di seluruh Asia.
Syarikat itu telah berjaya menyelesaikan pembangunan projek solar lekap tanah 20MW di Bavet, dengan projek itu telah dianugerahkan perjanjian pembelian kuasa oleh Electricite du Cambodge pada Ogos 2019.
Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Ir. Chow Pui Hee berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama dengan MVA memandangkan keutuhan mereka di Kemboja.
"Bagi mengenbangkan kerjasama di Asia Tenggara adalah sebahagian daripada rancangan lima tahun kami memandangkan populasi rantau ini yang semakin meningkat.

“Kami amat percaya perkongsian dengan MVA akan memastikan rancangan pengembangan kami di Kemboja.
"Kami berbesar hati apabila MVA sebagai rakan kongsi perniagaan kami dalam pembangunan tenaga bersih di negara ini memandangkan pengalaman dan rangkaiannya yang luas dalam infrastruktur tenaga bersih," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pengarah MVA, Salah Essa berkata, pihaknya menantikan kerjasama itu dengan Samaiden dalam perniagaan tenaga boleh diperbaharui dan mampan di Kemboja serta berharap dapat memanfaatkan pengalaman dan kemahiran industri mereka untuk menjayakan usaha itu.
Katanya, usaha itu adalah selaras dengan pertumbuhan negara dan sejajar dengan matlamat negara ke arah dasar Sifar Karbon Bersih 2050. - DagangNews.com








