Ringgit dibuka tinggi cecah RM4.12 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Ringgit dibuka tinggi cecah RM4.12

 

 

KUALA LUMPUR 7 April - Ringgit memulakan dagangan tinggi pagi ini apabila dolar Amerika Syarikat (AS) semakin melemah. 

 

Mata wang tempatan itu dibuka pada RM4.1220/1270 berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada penutupan semalam pada, RM4.1300/1330.

 

HLIB Research berkata, dolar AS akan terus melemah dan melepasi unjuran julat RM4.13 hingga RM4.17 minggu ini.

 

Katanya, dolar AS merosot ekoran kejatuhan mendadak dalam hasil perbendaharaan 10 tahun AS.

 

"Sekiranya melepasi rintangan julat itu, ia kemudiannya akan diikuti dengan beberapa pergerakan yang neutral memandangkan pasaran kini memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC)," katanya dalam nota kajian.

 

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyemak semula unjuran pertumbuhan global bagi kali kedua dalam tempoh 3 bulan. 

 

Badan dunia itu kini mengunjurkan ekonomi akan berkembang 6% tahun ini berbanding 5.5% yang diramalkannya pada Januari lalu. - DagangNews.com