Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bersama Muhammad Zamry Abu Samah pada majlis perasmian Richiamo Coffee ke-88 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada 21 Ogos 2022.
ARAU 22 Ogos - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan bercemar duli merasmikan Richiamo Coffee ke-88 di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Program berkenaan turut disekalikan dengan Kayuhan Peduli MAIPs ke-56 bagi menyantuni asnaf.
Acara kayuhan tersebut turut disertai oleh ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta di negeri Perlis.
Turut hadir Naib Canselor UniMAP Prof Ts. Zaliman Sauli dan Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn. Bhd, Muhammad Zamry Abu Samah.


Kafe yang terletak berhampiran Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik itu beroperasi sejak Disember lalu merupakan cawangan ke-88 kafe Richiamo. - DagangNews.com








