Rabbit Wonderland jadi tarikan pengunjung ke Lost World Of Tambun  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Rabbit Wonderland jadi tarikan pengunjung ke Lost World Of Tambun 

Pengunjung cilik pasti terpesona melihat keletah haiwan jinak ini.
Oleh ZAKI SALLEH 

IPOH 13 Jan - Rabbit Wonderland menjadi tarikan baharu pengunjung ke taman tema air Lost World Of Tambun (LWOT) di sini sempena meraikan Tahun Baharu Cina.

 

Bagaimanapun, ini hanyalah sebahagian daripada aktiviti yang bakal memeriahkan sambutan dengan pelbagai pengisian untuk seisi keluarga.

 

 

rabbit
Rabbit Wonderland menjadi tarikan baharu pengunjung ke LWOT sempena meraikan Tahun Baharu Cina.

 

 

Pengurus Besar LWOT, Nurul Nuzairi Mohd. Azahari berkata, Rabbit Wonderland diadakan bersesuaian dengan tahun arnab mengikut kalendar masyarakat Cina.

 

Menurut beliau, kawasan itu menempatkan 250 ekor arnab daripada 14 spesies. 

 

"Besesuaian dengan tahun arnab pada tahun ini, pihak pengurusan LWOT mewujudkan Rabbit Wonderlandengan persekitaran yang lebih luas dan selesa berbanding sebelum ini.

 

“Pengalaman ke sini pasti menyeronokkan untuk lebih menghayati sambutan Tahun Baharu Cina khususnya bersama anak-anak yang sememangnya menyukai haiwan jinak ini,” katanya.

 

 

rabbit
Nurul Nuzairi (dua dari kanan) bersama petugas LWOT semasa melancarkan Spring Into New Beginning, Chinese New Year 2023 di Tambun, Ipoh semalam.

 

 

Terdahulu beliau merasmikan Pelancaran Spring Into New Beginning, Chinese New Year 2023 di LWOT semalam.

 

Bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan, persembahan tarian singa juga akan diadakan iaitu pada pintu masuk manakala persembahan tarian singa akrobatik di dalam taman tema.

 

 

rabbit
Persembahan tarian singa akrobatik turut memerintahkan sambutan Tahun Baharu Cina di LWOT.

 

 

Tambah Nurul Nuzairi, pihaknya menjangkakan untuk menerima sekitar 6,000 pengunjung pada cuti persekolahan bermula 20 hingga 24 Januari ini.

 

"Untuk memeriahkan lagi sambutan, pada sebelah malamnya, persekitaran taman tema akan dilimpahi dengan keindahan cahaya tanglung yang berwarna-warni.

 

"Tidak ketinggalan ialah persembahan Flaming Percussion yang sememangnya dinanti-nantikan  pengunjung," ujarnya. - DagangNews.com