KUALA LUMPUR 5 April - QSR Brands (M) Holdings Bhd menyumbang zakat wakalah berjumlah RM250,000 untuk diagihkan kepada golongan asnaf dalam kolaborasi strategik dengan media penyiaran Malaysia paling lama, RTM dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Zakat wakalah ini akan diagihkan ke 76 lokasi yang telah dikenalpasti program bersiri Jelajah RTM; Jelajah Ramadan, Jelajah Raikan Syawal & Jelajah Kami Prihatin bersempena ulangtahun ke-76 RTM.
Pemangku Ketua Jabatan Shariah dan Pematuhan Halal QSR Brands, Hayazi Darus berkata, dengan lebih lokasi dikenalpasti pihak program bersiri Jelajah RTM, pihaknya berharap agihan Wakalah Zakat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan dan menambah kegembiraan.
“Kami bersuka cita dapat berkerjasama stategik dengan RTM sekali lagi di mana bersama kita dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan memberi kembali kepada komuniti yang memerlukan terutamanya di bulan mulia ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Program Jelajah Ramadan akan dilaksanakan pada bulan April, manakala Jelajah Raikan Syawal bulan Mei, dan Jelajah Kami Prihatin pada bulan Jun. - DagangNews.com








