PM anggap kejayaan enam pelajar layak ke Harvard satu kebanggaan negara | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PM anggap kejayaan enam pelajar layak ke Harvard satu kebanggaan negara

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 6 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menganggap kejayaan enam pelajar Malaysia melanjutkan pengajian ke Harvard College, Amerika Syarikat sebagai satu pencapaian membanggakan buat negara.

 

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya mengucapkan tahniah kepada semua bakal pelajar itu yang akan menjejakkan kaki ke sekolah peringkat sarjana muda bagi Universiti Harvard, yang merupakan universiti terkemuka dunia.

 

"Semoga beroleh kecemerlangan dalam bidang yang diceburi. Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia," katanya.

 

Keenam-enam pelajar itu ialah Chooi Je Qin dari Johor; Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang; Carisma Michaela Wong dari Sabah; Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak.

 

 

pm
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

 

 

Kesemua pelajar berkenaan akan menamatkan pengajian di Harvard pada 2026. - DagangNews.com