Harga diesel naik 70 sen kepada RM6.72 bagi tempoh 9-15 April 2026 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Harga diesel naik 70 sen kepada RM6.72 bagi tempoh 9-15 April 2026

Oleh JOHARDY IBRAHIM

KUALA LUMPUR 8 April - Harga diesel naik 70 sen kepada RM6.72 seliter bagi tempoh 9 April hingga 15 April, berbanding RM6.02 seliter bagi tempoh seminggu lalu.

 

Harga minyak RON97 kini berharga RM5.35 seliter setelah mencatat RM4.95 seliter minggu lepas.

 

Harga minyak RON95 tidak bersubsidi juga naik kepada RM4.27 seliter berbanding RM3.87 seliter seminggu lalu, menurut pengumuman Kementerian Kewangan malam ini.

 

"Walaupun terdapat penurunan harga minyak mentah global hari ini berikutan pengumuman gencatan senjata, kesannya tidak serta-merta diterjemahkan kepada penurunan harga runcit bahan api di Malaysia.

 

"Ini kerana harga pam di negara ini ditentukan berdasarkan purata harga petrol dan diesel minggu sebelumnya, dan bukannya harga semasa hari ini.

 

"Sehubungan itu, harga semasa masih mencerminkan kos bekalan yang tinggi sepanjang tempoh lima minggu lalu, ketika pasaran global berada pada paras yang lebih tinggi, yang telah mencecah sekitar AS$150 setong bagi produk petrol dan AS$250 setong bagi produk diesel, dan ini terus mempengaruhi harga runcit di dalam negara," kata MoF.


Justeru, selaras dengan formula Automatic Pricing Formula (APM), harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 9 April hingga 15 April 2026 adalah seperti berikut:

 

solar

 

Bermula 1 April 2026, had kelayakan BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan. Pelarasan ini merupakan langkah sementara sehingga keadaan bekalan global kembali stabil. - DagangNews.com