Perdana Menteri seru rakyat terus jaga kesihatan diri, planet | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Perdana Menteri seru rakyat terus jaga kesihatan diri, planet

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 7 April - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat untuk memastikan kesihatan diri dan planet terus terjaga demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang, sempena Hari Kesihatan Sedunia 2022 hari ini.

 

Ismail Sabri menerusi hantaran di Facebooknya berkata, diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan.

 

"Sayangilah bumi. Bumi anugerah buat kita. Planet yang sihat menyumbang ke arah udara, air dan makanan yang bersih.

 

"Mari kita pastikan kesihatan manusia dan kesihatan planet terus terjaga, demi kesejahteraan masyarakat dan generasi akan datang. Diri dan kualiti alam sekitar adalah penentu utama kesihatan kita.

 

"Planet Kita, Kesihatan Kita! Selamat Hari Kesihatan Sedunia 2022," katanya. - DagangNews.com