Pelaksanaan kawalan pergerakan terus pengaruhi prestasi Econpile | DagangNews Skip to main content

Pelaksanaan kawalan pergerakan terus pengaruhi prestasi Econpile

Oleh NABILA YASMIN RAZIB

nabila@dagangnews.com

 

KUALA LUMPUR 30 Sept. Pendapatan Econpile bagi suku pertama tahun kewangan 2022 dijangka terus terjejas dipengaruhi oleh pelaksanaan sekatan pergerakan.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata, dengan pendapatan yang dilaporkan berada di bawah jangkaan, pihaknya turut menurunkan unjuran pendapatan masing-masing sebanyak 16.9% dan 0.2% kepada RM33.9 juta dan RM41.0 juta untuk tahun kewangan 2022 dan 2022 bagi Econpile.

"Oleh itu, kami mengekalkan saranan 'PEGANG'  bagi saham Econpile dengan harga sasaran lebih rendah RM0.36 berbanding dari RM0.44," katanya.dalam nota penyelidikannya hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata, risiko terhadap cadangan dan harga sasarannya merangkumi kemampuan untuk mencapai kadar pengisian buku pesanan yang disasarkan. 

"Harga bahan mentah dan kos buruh yang lebih tinggi berpotensi mengurangkan margin dan sebaliknya.

"Kelajuanan pelaksanaan projek juga dapat menentukan kecekapan Econpile untuk menggunakan mesin yang ada untuk pesanan di masa depan," katanya.

Keuntungan bersih Econpile pada suku keempat tahun kewangan 2021 dilaporkan berjumlah RM1.0 juta berbanding kerugian bersih RM16.5 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya, didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi kerana operasi Kemboja tidak terganggu.


"Pendapatan yang dilaporkan berada di bawah jangkaan, merangkumi 54.1% ramalan pendapatan kami sebanyak RM20.4 juta dan 35.0% ramalan konsensus sebanyak RM31.6 juta.

"Sementara itu, pendapatan yang dilaporkan masing-masing berada pada 94.2% dan 94.4% dan ramalan konsensus masing-masing berjumlah RM446.2 juta dan RM445.5 juta. Perbezaan tersebut disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (FMCO) yang mempengaruhi pengebilan kerana kelewatan dalam proses kerja," katanya. -DagangNews.com