Memahami Saham IPO Dan Potensi Pelaburannya | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Memahami Saham IPO Dan Potensi Pelaburannya

Oleh Metatrader 5

Penerangan Meta

Saham IPO dapat menawarkan pulangan tinggi tetapi juga ada risiko. Lihat bagaimana IPO berfungsi, kelebihannya, dan faktor utama untuk pertimbangan sebelum melabur.

Tawaran awam permulaan (IPO) sudah ada berdekad-dekad dan telah menjadi pilihan kegemaran banyak pelabur persendirian.

Namun begitu, teknologi dan peristiwa-peristiwa sosioekonomik telah mengubah bagaimana dan apa yang kita laburkan. Adakah saham IPO masih pilihan pelaburan yang wajar?

Bagaimanakah kita dapat mendapatkan kelebihan terbaik untuk saham IPO yang kita ada?

Kita akan meneroka jawapan-jawapan kepada soalan-soalan ini dan lebih mendalam lagi dalam artikel ini.

 

 

Metatrader 5


Apakah Saham IPO?

Apabila syarikat sendirian berhad membuat rangka kerja untuk membenarkannya menjual saham kepada orang awam untuk pertama kali, istilah peristiwa ini adalah tawaran awam permulaan atau IPO.

Apabila syarikat persendirian melakukan IPO, ia beralih daripada milikan persendirian kepada awam.

Syarikat menjadi IPO untuk sebarang sebab berikut:

  • untuk meningkatkan keberadaan pasarannya,
  • membayar hutang, atau
  • mendapatkan cukup modal untuk pengembangan.

 

Sebelum mempertimbangkan bagaimana IPO boleh memberi manfaat kepada anda, mari kita lihat bagaimana ia berfungsi.


Bagaimanakah Saham IPO Berfungsi?

Menukar kepada IPO bukanlah automatik; sesebuah syarikat perlu melalui beberapa proses sebelum memuktamadkan penjualan saham awamnya yang pertama.

Biasanya, apabila syarikat mencapai penilaian unicorn iaitu kira-kira AS$1 bilion atau mempunyai asasi yang diuji dan terbukti dan potensi yang boleh dikembangkan, mereka memilih melakukan IPO.

Proses IPO bermula dengan syarikat memaklumkan secara umum berkenaan niatnya untuk menarik penaja jamin atau menghubungi firma penaja jamin.

Sesebuah syarikat boleh memilih satu penaja jamin untuk mengendalikan keseluruhan proses atau penaja jamin lain untuk mengendalikan bahagian-bahagian tertentu.

Bahagian-bahagian ini termasuk memeriksa kewangan, menyediakan dokumen, mengisi Borang S-1 dengan Suruhanjaya Sekuriti, dan menarik pelabur-pelabur awam dan pelabur-pelabur lain.


Apakah Faedah Mungkin Daripada Pelaburan IPO?

Pulangan Lebih Tinggi

Membeli saham IPO bermaksud menyertakan diri sebagai salah seorang pelabur terawal dalam syarikat sendirian berhad.

Ini boleh memberikan anda pulangan yang lebih tinggi apabila saham akhirnya dibuka pada harga yang lebih baik daripada harga penawaran awal.

Ini disebabkan membeli IPO bermaksud membeli saham yang belum lagi disenaraikan tapi akan disenaraikan tidak lama lagi.

Pada peringkat ini, harga biasanya lebih rendah daripada harga penyenaraian nanti. Inilah apa yang berlaku pada Google, yang melihat pelabur lebih awal mendapat dividen lebih besar selepas disenaraikan pada 2004.


 

Metatrader 5

Potensi Kecairan

Ini adalah peluang pelaburan untuk pelabur-pelabur yang mahukan akses kepada tunai yang mudah bila-bila diperlukan.

Apabila saham mula didagangkan di pasaran terbuka, pelabur-pelabur boleh memilih menjual saham-saham mereka pada penilaian berkaitan dengan spread bida-tawar.

Kelenturan ini berfaedah untuk pelabur-pelabur yang berfikir mahu menukar aset kepada tunai dengan mudah.

Potensi Pengembangan

Melabur dalam IPO membolehkan anda meletakkan wang anda dalam fasa pengembangan tinggi syarikat. Biasanya, apabila syarikat menjadi syarikat awam, kadar saham awalnya lebih murah.

Sekiranya syarikat berkembang mengikut peredaran masa, nilai saham yang anda laburkan juga meningkat.

Ketelusan

Apabila sesebuah organisasi jadi awam, mereka diperlukan mengongsi maklumat kewangan terperinci tentang syarikat ini. Ini adalah kelebihan untuk pelabur, yang perlu menganalisa setiap butiran sebelum membuat keputusan mengikut maklumat.

 


Cabaran-cabaran Yang Mungkin Perlu Dipertimbangkan

Pergerakan Harga Yang Tak Dapat Dijangka

Biasalah melihat harga IPO bergerak secara drastik selepas ia disenaraikan. Kadangkala, ini membawa kepada pulangan kepada pelabur; pergerakan harga juga boleh berakhir dengan kerugian.

Antara sebab-sebab lain peristiwa ini, satu daripada sebab ketidakstabilan pasaran ini adalah konflik kepentingan antara pengeluar saham, bank pelaburan, dan pelabur.

Ada masanya, bank pelaburan mahukan pengeluaran saham yang lebih besar untuk mendapatkan fee share yang besar.

Sebaliknya, pengeluar hanya mahu meningkatkan penilaian dengan mengambil kesempatan ke atas harga saham yang terealisasi.

Dari perspektif mereka, pelabur mahukan pulangan maksimum, dan biasnaya, kepentingan-kepentingan ini bertentangan antara satu sama lain.

Satu lagi sebab adalah permintaan pasaran yang kurang; kadangkala, minat pelabur adalah lebih rendah daripada dijangka, dengan ini memberi kesan buruk kepada harga saham.


Sesi Lock-Up

Sesetengah IPO ada sesi-sesi lock-up di mana orang dalam di syarikat tidak dibenarkan mendagangkan saham mereka.

Menjelang tempoh lock-up tamat, banyak saham sudah pun menunggu untuk dijual. Bekalan berlebihan ini boleh menyebabkan harga jatuh.


Ketidakcukupan Sejarah Data Kewangan

Syarikat awam diketahui menerbitkan rekod kewangan mereka.

Namun begitu, ini tidaklah sentiasa berlaku untuk firma-firma yang akan memfailkan untuk IPO, disebabkan mereka mungkin tidak mendedahkan semua rekod prestasi kewangan mereka, yang boleh membawa kepada ralat dalam membuat keputusan.

 

5 Faktor Untuk Diambil Kira Sebelum Melabur Dalam IPO

Metatrader 5


 

Anda mungkin telah memilih mengambil bahagian dalam pelaburan IPO melalui sebarang broker atau platform moden seperti MetaTrader 5.

Sentiasa pastikan yang anda melakukan usaha wajar sebelum memilih broker anda. Ini adalah beberapa faktor untuk dipertimbangkan:

  1. Kaji Model Perniagaan Dan Posisi Kewangan Syarikat

Ini melibatkan memeriksa keuntungan perniagaan, saluran pendapatannya, status hutangnya, kelebihannya berbanding pesaingnya, dan potensi kemampanan jangka panjangnya.

  1. Pertimbangkan Syarat-syarat Prospektusnya

Baca prospektus syarikat. Prospektus adalah dokumen yang mendedahkan bagaimana sesebuah syarikat beroperasi, risiko ia hadapi, kewangannya, dan sebab-sebab ia disenaraikan. Analisis yang mencukupi ke atas prospektus syarikat akan membantu anda menentukan sama ada anda mahu meneruskan.

  1. Kebolehpercayaan Penaja Jamin

Logiklah kalau kita ada lebih keyakinan dalam IPO yang melibatkan penaja jamin atau bank pelaburan yang boleh dipercayai. Kredibiliti bermaksud IPO-IPO lain telah berjaya di bawa penaja jamin tersebut, dan terdapat peluang besar IPO yang mereka sedang kendalikan akan berjaya juga. Jika penaja jamin adalah agak baharu, risikonya mungkin lebih tinggi.

  1. Kaji Tempoh Lock-Up (Jika Ada)

Sesetengah IPO ada tempoh lock-up yang mengelakkan orang dalam syarikat menjual saham mereka dalam tempoh yang ditetapkan. Polisi ini memberi kesan kepada harga saham disebabkan dinamik permintaan dan penawaran.

  1. Analisis Penilaian Dan Bandingkan Sentimen Pasaran

Kaji penilaian syarikat dan hubungannya dengan harga IPO. Ini adalah penting kerana harga IPO yang terlalu tinggi berbanding kos syarikat lain dalam kurungan penilaian sama boleh menyebabkan kerugian.

Bagaimana Menguruskan Risiko dan Memaksimakan Peluang Pelaburan IPO

Melabur dalam IPO ada kelebihannya, contohnya pulangan lebih tinggi, mengeksploitasi potensi pengembangan syarikat, kecairan, dan keistimewaan pemegang saham; ia biasanya ada risikonya sendiri.

Namun begitu, risiko-risiko ini boleh dielakkan atau diuruskan apabila anda menilai status kewangan atau prospektus syarikat, mengesahkan kredibiliti penaja jamin, dan menganalisis harga saham.

Selain itu, untuk menguruskan risiko, pelabur boleh menunggu sehingga ketidakstabilan awal mendatar sebelum melabur, menyebarkan pelaburan IPO mereka kepada beberapa syarikat, atau melabur dalam syarikat melalui peluang persendirian seperti modal usaha rentan sebelum syarikat menjadi awam. - DagangNews.com

 

 

Untuk maklumat lanjut sila lawat Metatrader 5 di https://www.oanda.com/bvi-my/cfds/platform/metatrader-5/