Pameran jelajah dunia Tim Burton buat penampilan sulung di Pavilion Bukit Jalil mulai 21 Mac hingga 30 Julai 2023 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pameran jelajah dunia Tim Burton buat penampilan sulung di Pavilion Bukit Jalil mulai 21 Mac hingga 30 Julai 2023

Tim Burton
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 13 Jan - Buat pertama kalinya di Asia Tenggara, pameran jelajah dunia Tim Burton yang memukau membuat penampilan sulungnya di Pavilion Bukit Jalil di sini, mulai 21 Mac hingga 30 Julai 2023.

 

Pameran ini berlangsung untuk memaparkan dunia seni Tim Burton yang asli penuh dengan imaginasi dan fantasi beliau.

 

Terdiri daripada lebih kurang 540 karya, termasuk karya khas dari retrospektif Tim Burton serta lebih 150 karya baharu yang tidak dilihat dalam jelajah pameran MoMA, The World of Tim Burton memberi peluang kepada hadirin baharu untuk mengalami sendiri seni Tim Burton buat kali pertama dan memberi peluang untuk melihat secara mendalam daya kepekaan beliau.

 

Dengan lebih 800,000 pengunjung, tayangan perdana pameran seni Tim Burton di New York merupakan pameran dengan kehadiran tertinggi yang ketiga dalam sejarah MoMA. 

 

Ini mencetuskan permulaan The World of Tim Burton, pameran berkonsep yang mencerminkan kejayaan MoMA yang direka khusus untuk menjelajah dunia. 

 

Perhentian jelajah dunia The World of Tim Burton telah dilangsung di institusi seperti Dongdaemun Design Plaza, Seoul Korea; Galeri Bandar Prague: The Stone Bell, Republik Czech; Galeri Pusat Seni Mori, Tokyo, Jepun; Muzium Max Ernst, Brühl, Jerman; Muzium Imej dan Bunyi, São Paulo, Brazil; Galeri ArtisTree, Hong Kong; dan Museo Franz Mayer, Mexico City, Mexico.

 

Pameran ini menampilkan banyak karya dari zaman awal Tim Burton hingga projek terbaharunya yang merentasi medium lakaran, lukisan, gambar, model dan boneka yang digunakannya untuk karya filemnya, dan arca bersaiz sebenar. 

 

 

tim

 

 

Bersama dengan figura khas beliau, Balloon Boy di pintu masuk pameran dan banyak lagi arca yang luar biasa yang baru direka khusus untuk pameran ini.

 

Tiket Pameran World of Tim Burton akan tersedia dengan harga berikut di laman web ejen tiket KOL Nation dan Ticketcharge, mulai 11 Januari 2023, dan di tempat pameran mulai 21 Mac 2023.

 

Pakej-pakej untuk keluarga dan berkumpulan, pakej VIP dengan faedah tambahan, dan pas musim yang merupakan penyertaan berganda untuk peminat menikmati karya asli Tim Burton sepanjang tempoh pameran. Maklumat lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.

 

Maklumat lanjut tentang pameran The World of Tim Burton Kuala Lumpur di laman web, www.toyboxprojects.com/timburton. - DagangNews.com