Nissan tawar promosi ansuran bulanan RM1,318 untuk model X-Trail | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Nissan tawar promosi ansuran bulanan RM1,318 untuk model X-Trail

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 10 Feb - Edaran Tan Chong Motor (ETCM) menawarkan pakej promosi istimewa ‘Fall In Love At First Deal’ dengan ansuran bulanan istimewa Nissan X-Trail sebanyak RM1,318 pada bulan ini.

 

ETCM dalam satu kenyataan berkata, pelanggan juga boleh menikmati penjimatan sehingga RM10,500 dengan tambah nilai RM1,000 untuk pakej aksesori Nissan X-Trail edisi warna hitam.

 

Katanya, pakej itu meliputi aksesori seperti Black Front Grille, Black TOMEI Aerokit, 17-inch’ Gloss Black Alloy Wheels, Brown NAPPA Combination Leather Seat with Leatherette Dashboard and Knee Pads, dan Ice Cool Tinting.

 

"Selain itu ETCM juga menawarkan rebat cukai jualan sebanyak 100% untuk MPV Nissan Serena.

 

"Mereka yang berminat dengan trak pikap Navara boleh menikmati penjimatan sehingga RM9,950 untuk pakej perlindungan dengan hanya tambah nilai RM1,000. 

 

"Jika anda bercadang untuk membeli Almera Turbo, hanya perlu menambah RM1,000 untuk penampilan yang lebih sporty dengan pakej TOMEI Aero, yang mana menjimatkan sebanyak RM7,000 daripada harga pakej biasa," katanya.

 

Dalam pada itu, semua bilik pameran Nissan yang sah menawarkan pandu uji pelbagai model Nissan dan sepanjang tempoh promosi bagi setiap pandu uji yang diambil, pelanggan akan menerima baucar Watsons bernilai RM20.

 

 

etcm

 

 

etcm

 

 

"Bagi pelanggan yang tidak dapat mengunjungi bilik pameran Nissan, mereka boleh melihat maklumat produk dan mengatur pandu ujimelalui Bilik Pameran Dalam Talian Nissan di nissan.com.my/onlineshowroom/," katanya.

 

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web Nissan Malaysia di www.nissan.com.my atau menghubungi talian hotline pusat khidmat pelanggan Nissan di 1800-88-3838. - DagangNews.com