Negara kehilangan lagenda sukan lawan pedang dihormati - PM | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Negara kehilangan lagenda sukan lawan pedang dihormati - PM

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 20 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negara kehilangan seorang legenda yang dihormati dalam sukan lawan pedang negara, Ronnie Ignatius Theseira.

 

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook hari ini berkata, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga atlet Olimpik Tokyo 1964 itu, berikutan pemergian Ronnie Sabtu lalu.

 

"Negara kehilangan seorang legenda yang dihormati dalam sukan lawan pedang negara, Ronnie Ignatius Theseira.

 

"Takziah saya ucapkan kepada keluarga atlet Olimpik Tokyo 1964 itu dan berharap mereka terus tabah menghadapi dugaan ini," katanya.

 

Katanya, jasa dan pengorbanan beliau dalam sukan pedang negara akan sentiasa dikenang oleh seluruh Keluarga Malaysia. - DagangNews.com