MYAirline, Comply365 bekerjasama laksana pendigitalan, pengurusan operasi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MYAirline, Comply365 bekerjasama laksana pendigitalan, pengurusan operasi

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 12 Jan - MYAirline (secara rasmi dikenali sebagai Z9 Elite Sdn Bhd) dengan sukacitanya memilih Comply365, sebuah syarikat perisian penerbangan terkemuka untuk pelaksanaan pengurusan kandungan digitalnya. 

 

Kandungan operasi Comply365 dan aplikasi pengurusan pematuhan membolehkan MYAirline mengarang sendiri dengan mudah kandungan, mengurus manual airbus, menjejaki pematuhan peraturan dan melancarkannya operasi dengan cekap dengan borang elektronik dan aliran kerja.

 

MYAirline menggunakan sistem pengurusan dokumen digital Comply365 untuk menghasilkan manual operasi dan berkaitan sebagai sebahagian daripada proses Sijil Operator Udara (AOC), selain mengusahakan strategi berskala yang mampu menyokong rancangan pertumbuhannya.

 

Ketua Pegawai Operasi MYAirline, Stuart Cross berkata, kerjasama dengan Comply365 memberikan alat digital yang diperlukan untuk memenuhi kedua-dua elemen pematuhan kebangsaan dan antarabangsa daripada permulaan yang telah membantu pihaknya mendapatkan AOC dengan cepat dan melancarkan operasinya.

 

"Kerjasama sinergi antara MYAirline dan Comply365 menghasilkan nilai tambah untuk kedua-dua syarikat, melangkaui komersilnya kembali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Comply365, Tom Samuel pula berkata, pihaknya sangat teruja kerana telah menyokong usaha MYAirline sejak awal lagi, dan meraikan bersama mereka semasa memulakan penerbangan komersial mereka.

 

“Amat menarik untuk melihat syarikat pemula mengembangkan operasi dan berjaya, dan kami yakin dengan MYAirline bagi penyelesaian yang mudah berskala untuk memaksimumkan kecekapan mereka dan meningkatkan keselamatan," katanya.

 

Pasukan Pengurusan Dokumen MYAirline bekerjasama dengan Comply365 menggunakan modul ProAuthor untuk mencipta, merekod untuk lapan jabatan di seluruh syarikat penerbangan. 

 

MYAirline menyertai syarikat penerbangan permulaan lain menggunakan kandungan operasi Comply365 dan platform pengurusan pematuhan. 

 

Comply365 menyokong lebih daripada 90 pelanggan,daripada syarikat penerbangan permulaan kepada syarikat penerbangan terbesar di dunia, serta kargo, perniagaan, Sistem Pesawat Tanpa Awak (UAS), latihan penerbangan dan operasi kereta api. - DagangNews.com