Malaysia penganjur Sustainable Agricommodity Week di Expo 2020 Dubai | DagangNews Skip to main content

Malaysia penganjur Sustainable Agricommodity Week di Expo 2020 Dubai

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 25 Jan - Malaysia telah terpilih sebagai penganjur minggu ke-17 Sustainable Agricommodity Week di Expo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula sejak 23 Januari hingga 29 Januari ini.

 

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi halaman Facebooknya memaklumkan, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani MoU tiga sektor perkayuan dalam usaha kelestarian agrikomoditi.

 

Beliau berbangga sektor agrikomoditi antara teraju utama kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

 

 

zuraida
Datuk Zuraida Kamaruddin (tengah) menyaksikan MoU di Expo 2020, Dubai

 

 

zuraida

 

 

 

zuraida

 

 

"Alhamdulillah, di kesempatan ini saya dan barisan pimpinan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPKK) komited untuk meningkatkan hasil negara dan terus memajukan lagi industri agrikomoditi supaya lebih dinamik, berdaya saing dan mampan di peringkat global," katanya. - DagangNews.com