Lazada Malaysia diiktiraf sebagai majikan pilihan HR Asia Awards 2022 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lazada Malaysia diiktiraf sebagai majikan pilihan HR Asia Awards 2022

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 21 Dis - Lazada Malaysia terus mencatat kejayaan dengan memenangi pelbagai anugerah di dua majlis anugerah sumber manusia baru-baru ini. 

 

Platform perintis e-dagang itu diiktiraf sebagai Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2022 pada HR Asia Awards 2022, pemenang untuk Majikan Paling Diutamakan Malaysia 2022 bagi kategori industri runcit/e-dagang dan naib johan untuk Majikan Paling Diutamakan Malaysia 2022 di GRADUAN Brand Awards 2022.

 

Anugerah tersebut mengiktiraf usaha pembangunan organisasi berfokuskan rakyat Lazada Malaysia yang menunjukkan penglibatan tahap tinggi pekerja dan budaya tempat kerja cemerlang. 

 

Ia adalah bukti komitmen berterusan syarikat dan pelaburan untuk memupuk dan meningkatkan kemahiran bakat tempatan, dan dalam membangunkan kumpulan bakat yang pelbagai, untuk pertumbuhan keseluruhan ekosistem digital.

 

Ketua Pegawai Rakyat Lazada Malaysia, Azian Ahmad berkata, warga mereka, Lazadians adalah tulang belakang kehadiran e-dagang mereka di Malaysia.

 

Beliau berkata, mereka adalah penggerak yang membolehkan pertumbuhan organisasi, kejayaan perniagaan dan pencapaian luar biasa yang telah dicapai sepanjang 10 tahun lalu. 

 

"Itulah sebabnya kami akan terus melabur dalam pembangunan modal insan, kerana kami amat percaya bahawa ia membawa tujuan, impak dan inspirasi kami kepada kehidupan. 

 

 

lazada

 

 

lazada

 

 

"Anugerah ini didedikasikan kepada semua Lazadian yang bekerja tanpa henti, untuk menyampaikan perjalanan membeli-belah dalam talian menarik dan pengalaman pelanggan yang berbeza," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Azian berkaya, sebahagian daripada inisiatif pembangunan insan Lazada Malaysia adalah untuk mengenal pasti dan memperkasakan bakat dan pemimpin sesuai untuk masa hadapan yang boleh menambah nilai kepada pertumbuhan kerjaya peribadi mereka dan komuniti. 

 

 

lazada

 

 

Katanya, ‘Program Pemimpin Hadapan’ Lazada direka untuk menarik bakat baharu daripada pelbagai latar belakang dan untuk mewujudkan penyertaan yang lebih luas di seluruh organisasi. 

 

"Program ini juga memupuk semangat keusahawanan dengan kemahiran digital kukuh dan menyokong peningkatan kemahiran secara beransur-ansur, dengan memperkasakan pekerja untuk berkembang maju dan mencapai potensi maksimum," katanya. - DagangNews.com