KPM pastikan SPM di Terengganu, Kelantan berjalan lancar | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

KPM pastikan SPM di Terengganu, Kelantan berjalan lancar

Datuk Dr. Radzi Jidin mengadakan perbincangan dengan pegawai KPM berhubung isu calon SPM yang terjejas akibat banjir di Pantai Timur
Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 28 Feb - Kementerian Pendidikan (KPM) memantau situasi banjir di Pantai Timur dan telah merangka pelan tindakan bagi memastikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan teratur.

 

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan bersama Ketua Setiausaha KPM, Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid serta pegawai Lembaga Peperiksaan mengenai situasi semasa semua pusat peperiksaan SPM di Terengganu dan Kelantan yang terjejas akibat banjir.

 

"Saya telah dimaklumkan mengenai keadaan sekolah-sekolah di sana. KPM sentiasa memantau dan telah merangka pelan tindakan bagi memastikan peperiksaan SPM 2021 dapat dijalankan dalam keadaan selamat dan teratur.

 

"Kami menyedari bahawa keadaan yang berlaku tentunya memberi kesan kepada anak-anak calon peperiksaan yang berada di kawasan terjejas banjir," katanya menerusi hantaran di Facebooknya malam tadi.

 

Radzi berkata, dalam apa jua keadaan, calon peperiksaan di negeri berkenaan boleh berhubung dengan guru kelas atau setiausaha peperiksaan di sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

 

 

banjir

 

 

Katanya, KPM akan mengeluarkan kenyataan media bagi memberi penjelasan lanjut berhubung perkara itu. - DagangNews.com