Kenapa Merancang Harta Lebih Kritikal Dalam Keadaan Perang Seperti Sekarang? | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kenapa Merancang Harta Lebih Kritikal Dalam Keadaan Perang Seperti Sekarang?

Oleh ARIFFIN SABIRIN

Seperti yang kita semua sedia maklum, dunia sedang melalui fasa genting peperangan di Timur Tengah. Walaupun ia beribu-ribu kilometer daripada Malaysia, kesannya tetap akan menjejaskan negara kita.

 

Daripada laporan yang diterima, kelihatan perang ini tidak akan berhenti dengan segera kerana ketegasan kedua-dua pihak untuk menundukkan satu sama lain.

 

Dalam artikel minggu ini, saya tidak ingin membincangkan dari sudut geo-politik kerana ramai pihak yang lebih pakar telah mengulas panjang lebar mengenainya.

 

Krisis Ekonomi Yang Sedang Menunggu Kita

Apabila kepimpinan Malaysia sendiri telah mengingatkan rakyat supaya berhemah dalam perbelanjaan, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya ini, serta mengumumkan langkah-langkah penjimatan Kerajaan dan kenaikan harga minyak, ia merupakan satu isyarat kepada kita untuk bersedia menghadapi kemungkinan ekonomi yang mencabar dalam jangka masa terdekat.

 

Sekali lagi, dalam artikel ini, saya tidak ingin mengulas panjang lebar kesan perang ini dari sudut ekonomi kerana ramai pakar telah menelitinya. Fokus saya adalah dari sudut praktikal untuk rakyat marhaen.

 

Apakah krisis ekonomi yang sedang menunggu kita? Perang ini telah menjejaskan bekalan minyak global, sekaligus menaikkan harganya.

 

Kenaikan harga diesel sebanyak 80 sen yang diumumkan Kerajaan akan menyebabkan kos pengangkutan dan logistik meningkat. Secara automatik, harga hampir semua barang keperluan harian juga akan naik.

 

Apabila harga barang meningkat, permintaan akan menurun, menyebabkan industri mengurangkan pengeluaran. Akibat kos yang tinggi dan permintaan yang rendah, pemberhentian pekerja mungkin berlaku. Keadaan ini akan menjejaskan keseluruhan rantaian bekalan, daripada pengeluar bahan mentah kepada pengilang, pengedar, dan seterusnya peruncit.

 

Kadar pengangguran akan meningkat, manakala pendapatan isi rumah akan terjejas. Dalam keadaan kos kehidupan yang meningkat dan sumber pendapatan terhad, tekanan ekonomi akan menjadi sangat dirasai.

 

Apa Jadi Jika Kita Meninggal Dalam Keadaan Ekonomi Mencabar?

Inilah persoalan utama yang ingin saya ketengahkan. Sejak Wasiyyah ditubuhkan pada 2004, kami telah melalui pelbagai situasi ekonomi mencabar seperti krisis ekonomi 2008 akibat sub-prime di Amerika Syarikat, Perang Ukraine-Rusia pada 2012, dan pandemik COVID-19 pada 2020.

 

Saya sendiri menyaksikan bagaimana waris akan sangat tertekan menguruskan harta pusaka ibu bapa mereka apabila berlaku kematian. Walau apa pun keadaan ekonomi, proses perundangan untuk menuntut harta pusaka tetap perlu dilalui.

 

Bagi kes pusaka bernilai di bawah RM5 juta, waris yang mempunyai pengetahuan boleh menguruskan sendiri di Pejabat Pusaka Kecil, selagi semua dokumen lengkap. Dokumen-dokumen ini tetap ada kos carian rasmi, termasuk kos perjalanan seperti tol dan minyak.

 

Pemohon boleh menggunakan perkhidmatan pihak ketiga, tetapi fi perkhidmatan juga perlu dibayar dan tertakluk kepada kenaikan harga minyak. Selain itu, terdapat juga fi perintah-perintah tertentu yang perlu dijelaskan.

 

Bagi kes pusaka bernilai melebihi RM5 juta, permohonan perlu dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Waris tiada pilihan selain menggunakan perkhidmatan peguam, dengan kos guaman yang boleh meningkat selaras kenaikan harga minyak.

 

Kos Perundangan Tidak Boleh Dielak

Kos-kos ini memang tidak boleh dielak dan perlu ditanggung oleh waris. Berdasarkan pengalaman 28 tahun, jika ekonomi berada dalam keadaan baik, waris yang mempunyai pendapatan tidak menghadapi masalah.

 

Namun, dalam ekonomi mencabar seperti 2008, 2012, 2020, dan kini, waris yang kehilangan pekerjaan atau menghadapi kos hidup tinggi akan terasa sangat terbeban.

 

Kos perundangan ini tidak termasuk caj perkhidmatan beberapa peratus daripada nilai harta pusaka yang biasanya dikenakan oleh pihak profesional. Kecuali Wasiyyah yang merupakan satu-satunya syarikat amanah patuh Syariah yang menguruskan harta pusaka secara percuma, pemain industri lain biasanya mengenakan caj kurang daripada 5% daripada nilai harta pusaka kasar.

 

Contohnya, jika harta pusaka kasar bernilai RM1 juta, caj perkhidmatan boleh mencecah sehingga RM50,000. Caj ini biasanya ditolak daripada harta pusaka jika terdapat wang tunai, atau perlu ditanggung waris jika harta pusaka hanya tanah. Bayangkan betapa beratnya tanggungan waris dalam ekonomi yang mencabar.

 

Bagaimana Wasiyyah Membantu?

Dalam keadaan ekonomi mencengkam, waris sering terdesak untuk mendapatkan harta pusaka bagi kelangsungan hidup. Mereka tiada pilihan selain menghadapi kos-kos ini, atau menangguhkan urusan sehingga ekonomi pulih.

 

Wasiyyah telah menjangka keadaan ini sejak dahulu. Oleh itu, kami memperkenalkan perkhidmatan pengurusan pusaka Al-Wasitah. Bagi pelanggan Al-Wasitah, jika berlaku kematian, Wasiyyah akan membantu waris melalui semua proses perundangan secara percuma, sama ada di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

 

Lebih daripada 40,000 pelanggan telah melanggan manfaat ini, dan lebih 800 kes pusaka telah diuruskan oleh Wasiyyah secara percuma. Waris menerima harta pusaka dengan cepat, tepat, dan tanpa sebarang caj.

 

Dalam keadaan ekonomi yang mencabar akibat kenaikan harga minyak, Al-Wasitah nyata sangat membantu waris.

 

Jika anda benar-benar sayangkan waris anda, tepuk dada tanya hati sama ada anda mahu mereka tertekan atau menerima harta pusaka anda dengan mudah walaupun ekonomi tidak menentu. - DagangNews.com

 

 

 

KLIK DI SINI UNTUK KOLEKSI ARTIKEL ANEKDOT MAWARITH

 

 

 

Ariffin Sabirin
Tn Hj Ariffin Sabirin adalah Pengasas, Presiden Kumpulan dan CEO Wasiyyah Shoppe Bhd