Ini merupakan artikel saya yang ke-224 di kolum Anekdot Mawarith portal DagangNews.com. Sudah banyak isu harta pusaka yang telah saya ulas sejak beberapa tahun yang lepas. Sesibuk bagaimanapun, saya akan sentiasa cuba meluangkan masa menulis di kolum ini kerana saya mahu masyarakat faham sepenuhnya isu harta pusaka.
Kes hibah takaful RM1 juta viral muncul kembali!
Saga cerita ini sesungguhnya belum berakhir. Kepada para pembaca yang tidak tahu tentang kes ini, boleh rujuk artikel saya yang lepas.
Di dalam artikel minggu ini, saya akan mengulas kedudukan kes ini bukan secara spesifik tetapi secara umum serta mengenengahkan iktibar/pengajaran terpenting yang boleh kita ambil daripadanya.

Di ‘pusingan pertama’, diceritakan bahawa Mahkamah Tinggi Syariah telah memutuskan (tiada fakta kes yang jelas mengenai keputusan ini) bahawa hibah takaful itu adalah sah, dan balu yang dinamakan sebagai penerima hibah berhak penuh ke atasnya.
Saya tidak boleh komen lebih mengenai keputusan ini kerana duduk letak kes ini tidak jelas. Saya juga tiada maklumat mengenainya.
Di ‘pusingan kedua’ pula, keluarga mertua yang tidak berpuas hati telah membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi Sivil dengan memasukkan permohonan Letter of Administration. Di dalam permohonan ini, hibah takaful RM1 juta itu disenaraikan sebagai harta pusaka dan dimohon oleh keluarga mertua untuk diagihkan kepada waris-waris mengikut hukum faraid bersama harta-harta pusaka yang lain.
Mahkamah Tinggi Sivil telah meluluskan permohonan keluarga mertua dan hibah takaful itu dianggap tidak sah. Maka wang pampasan RM1 juta itu hendaklah diagihkan kepada semua waris mengikut hukum faraid dan mertua dilantik sebagai pentadbir harta pusaka.
Kecoh seantero alam, terutamanya dalam kalangan peserta dan ejen takaful, kerana sebelum ini semua orang menyangka bahawa hibah takaful itu ‘solid’ dan tidak boleh dicabar.
Wasiyyah telah mengambil inisiatif untuk menjelaskan isu ini kerana ia terkait dengan hibah walaupun hibah takaful itu bukan bidang kuasa kami.

Alhamdulillah masyarakat mula faham bahawa semua perkara boleh dicabar di Malaysia, waima Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia juga pernah dan sedang dicabar.
Wasiyyah telah secara tuntas mengambil inisiatif menjelaskan bahawa hibah, walaupun telah dibuat secara sempurna rukun dan syaratnya, tetap akan dicabar apabila ada waris lain yang tidak bersetuju dengannya.
Apabila dicabar, Mahkamah Tinggi Syariah (pihak yang berbidang kuasa memutuskan tentang hibah) akan menjalankan perbicaraan. Semua pihak boleh berhujah di sini. Walaupun proses ini panjang, akhirnya jika hibah itu telah disempurnakan lengkap syarat dan rukun, Mahkamah Tinggi Syariah tetap akan mengesahkannya.
Di ‘pusingan ketiga’, balu pula menang apabila Mahkamah Tinggi Sivil mengenepikan arahan pertama dan mengesahkan bahawa hibah takaful RM1 juta itu kekal milik balu.
Kini kita semua difahamkan bahawa keluarga mertua akan memulakan prosiding di ‘pusingan keempat’ dengan mengemukakan rayuan ke Mahkamah Rayuan pula. Kelihatannya pusingan-pusingan seterusnya akan berlaku juga.
Apa pengajaran terpenting yang kita belajar daripada kes hibah takaful viral ini?
Seperti yang saya sebutkan di awal artikel ini, saya ingin mengenengahkan pengajaran atau iktibar yang boleh kita semua pelajari daripada kes ini.
Pengajaran PALING PENTING yang boleh kita perolehi daripada kes ini ialah:
Perbelanjaan pengurusan harta pusaka TIDAK MURAH!
Diceritakan (tiada pengesahan fakta ini) dari media sosial bahawa kos perundangan untuk kes ini sahaja bakal mencecah enam angka!
Saya mengindemniti diri saya daripada mengesahkan jumlah kos ini kerana saya tiada maklumat tentangnya. Namun saya menjangkakan bahawa kos ini bukanlah sekadar untuk tujuan pengesahan hibah takaful itu sahaja, malah merangkumi semua isu-isu berkaitan seperti harta pusaka secara keseluruhan, harta sepencarian dan sebagainya. Dalam erti kata lain, kos ini adalah untuk menampung keseluruhan proses harta pusaka itu dari A-Z.

Masyarakat selalu salah faham kerana menganggap bahawa apabila mereka telah membuat hibah atau wasiat, maka semua urusan harta pusaka itu telah selesai dan selamatlah waris-waris mereka. Tanggapan ini SANGAT SALAH!
Walaupun dokumen hibah atau wasiat telah dibuat, proses pengesahan dan penguatkuasaan dokumen-dokumen ini tetap perlu dilakukan di Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Tinggi Sivil (yang mana berkenaan). Di sinilah kos perundangan akan berlaku kerana waris-waris perlu membayar perkhidmatan guaman untuk melalui proses ini.
21 tahun pengalaman Wasiyyah menunjukkan bahawa apabila sesuatu kes berkaitan harta itu berlarutan dan terdapat pelbagai bantahan seperti kes hibah takaful viral ini, maka secara automatik kos pengurusannya juga akan meningkat. Kita tidak boleh menuding jari menyalahkan mana-mana pihak bagi isu kos ini kerana memang ada kerja yang mereka perlu lakukan dan perbalahan waris akan menambahkan lagi kerja mereka.
Penyelesaian: Hibah Komprehensif dan Al-Wasitah
Atas sebab itu Wasiyyah memperkenalkan perkhidmatan Hibah Komprehensif dan Al-Wasitah.
Apabila pelanggan kami membuat hibah harta melalui perkhidmatan Hibah Komprehensif, selepas kematiannya, penerima hibah/waris tidak perlu membayar apa-apapun fi untuk proses pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah atau sehingga ke Mahkamah Rayuan Syariah.
Wasiyyah akan menggunakan perkhidmatan lebih daripada 25 panel peguamnya untuk mewakili penerima hibah bagi tujuan pengesahan hibah ini. Dengan kepakaran panel peguam dan kepatuhan dokumen hibah Wasiyyah, pengesahan hibah ini tetap akhirnya dapat dibuat walaupun dicabar.
Untuk urusan pentadbiran harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil (untuk mendapatkan Letter of Administration / Grant of Probate / Distribution Order atau apa-apa perintah yang berkaitan) atau Pejabat Pusaka Kecil (bagi mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir / Perintah Pembahagian), sekali lagi peguam panel Wasiyyah akan menjalankan tanggungjawab mereka tanpa waris dikenakan apa-apa fi.
Wasiyyah satu-satunya syarikat amanah yang membantu waris secara PERCUMA di Malaysia.
Kenapa Percuma?
Melalui perkhidmatan Hibah Komprehensif dan Al-Wasitah, Wasiyyah muncul sebagai satu-satunya syarikat amanah patuh syariah di Malaysia yang membantu waris melalui semua proses perundangan berkaitan harta pusaka secara holistik dan PERCUMA.
Para pembaca boleh merujuk kepada laman web atau media sosial kami untuk maklumat ini. Saya juga pernah menulis tentang perkara ini di dalam artikel-artikel saya yang lepas.
Kenapa pula Wasiyyah memperkenalkan perkhidmatan secara PERCUMA ini?
Kerana daripada awal lagi kami tahu bahawa urusan harta pusaka TIDAK AKAN MENJADI LEBIH MUDAH pada masa hadapan. Kerana kami juga tahu cabaran ekonomi semasa dan masa hadapan, portfolio aset yang semakin rumit, fabrik sosial masyarakat serta hubungan kekeluargaan yang akan menjadi lebih kompleks pada masa hadapan — semuanya akan menghadirkan cabaran yang lebih hebat dalam urusan harta pusaka.
Apabila cabaran semakin hebat, kos juga akan melambung tinggi. Anda mahukan waris-waris anda tidak terbeban dari sudut kos pengurusan pusaka selepas kematian anda? Anda tidak mahu mereka menanggung kos sehingga enam angka?
Wasiyyah boleh membantu melalui Hibah Komprehensif dan Al-Wasitah. Hubungi mana-mana daie profesional kami di seluruh Malaysia. - DagangNews.com









