KUALA LUMPUR 23 Mac - Kerugian Eco World International Berhad adalah rendah daripada jangkaan dan kumpulan itu mampu mencapai sasaran jualan hartanah RM1.4 bilion bagi tahun kewangan 2023 (FY23).
Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengurangkan unjuran kerugian Eco World International Berhad bagi tahun kewangan 2023 (FY23) kepada 33% selepas mengambil kira jualan kukuh daripada projeknya di Australia dan kos kewangan yang rendah.
Firma penyelidikan itu turut mengunjurkan kerugian tahun kewangan 2024 dan 2025 masing-masing pada 25% dan 37%.
“Tidak termasuk kerugian pertukaran asing RM26 juta, kerugian bersih teras kumpulan pada suku pertama tahun kewangan 2023 (1QFY23) sebanyak RM4.8 juta, berbanding kerugian bersih RM16.5 juta dalam 1QFY22, hanya merangkumi ramalan kerugian bersih FY23 Maybank IB dan konsensus masing-masing sebanyak 13% dan 16%,” kata firma itu dalam nota hari ini.
Tambahnya, kerugian yang lebih rendah daripada jangkaan boleh dikaitkan dengan jualan kukuh projek kumpulan itu di Australia dan permulaan penyerahan di Kew Capital Court di London pada suku keempat tahun lalu.
Di samping itu, jualan hartanahnya pada tempoh tersebut juga berada di landasan yang baik untuk mencapai sasaran jualan RM1.4 bilion bagi FY23.
Firma itu percaya komitmen kumpulan untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham dengan pengagihan khas 37.5 sen menjelang akhir 2023 boleh dicapai.
Eco World International juga telah memperoleh jualan hartanah RM335 juta pada Februari 2023 termasuk rizab RM189 juta, kedua-duanya berjumlah RM524 juta atau 37% daripada matlamat jualan RM1.4 bilion untuk FY23.
“Oleh itu, kumpulan itu mengulangi komitmennya untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham dengan pengagihan khas sebanyak RM900 juta melalui pembayaran balik modal pada akhir 2023.
Ini akan dilakukan selepas nota jangka sederhana (MTN) dimuktamadkan pada Mei 2023 dan mendapatkan kelulusan pengawal selia dan pemegang saham yang diperlukan,” katanya.
Firma itu mengekalkan saranan ‘beli’ dengan harga sasaran 66 sen. -DagangNews.com








